Toyota GR86 bakal berentap dalam perlumbaan one-make di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, Toyota telah pun bertahun-tahun menganjurkan perlumbaan one-make yang menggunakan asas daripada Toyota Vios, dan saban tahun ia terbukti melahirkan pelumba-pelumba yang berbakat, terutama dari golongan anak muda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sementara di Amerika Syarikat, Toyota akan memperluaskan lagi kehadiran mereka di dalam sukan permotoran dengan menganjurkanj perlumbaan bersiri one-make yang dinamakan sebagai GR Cup, dengan menggunakan khidmat generasi kedua kereta sports pacuan roda belakang Toyota GR86.

Serentak dengan itu, pengeluar Jepun itu turut mendedahkan gambar acah yang memaparkan kehadiran sayap belakang yang besar, spoiler ekor itik, set tayar Continental yang bakal digunakan sepanjang perlumbaan, serta pemasangan sangkar keselamatan pada ruang kabin.

Tiada sebarang butiran spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun besar kemungkinan ia bakal dikuasakan oleh nadi 2.4 liter aspirasi natural yang sama dengan spesifikasi jentera jalanan, serta penggunaan bahan yang mampu mengurangkan lagi berat sedia ada.

Menurut Toyota, siri perlumbaan ini dikatakan akan membantu para jurutera untuk menguji kereta sports ini sehingga ke tahap yang lebih tinggi, selain mengesahkan prestasi sebenar GR86 yang diinspirasikan daripada litar lumba.

Siri perlumbaan GR Cup ini akan bermula pada tahun 2023, dengan tajaan utama oleh Crescent Tools dan Mobil 1.