Menurut laporan Autocar UK, Toyota tidak mendedahkan secara terperinci berapa unit yang dibawa masuk untuk pasaran tersebut.
Lebih menyedihkan mereka yang tidak sempat untuk membeli, Toyota awal-awal telah memberikan amaran produksi GR86 hanya dihadkan untuk tempoh dua tahun sahaja disebabkan ia tidak lagi mampu untuk memenuhi piawaian undang-undang pelanggaran yang semakin ketat.
Toyota juga turut memberitahu laman tersebut bahawa peruntukan tambahan untuk pasaran tersebut "tidak ada di dalam perancangan buat masa ini."
Selain daripada tempoh produksi yang amat terhad, antara faktor yang turut menyumbang kepada kelarisan model tersebut adalah harga jualan permulaan untuk Toyota GR86 juga dikatakan cukup mampu milik, bermula di bawah £30,000 (RM167,755) sahaja.
Tidak akan ada alternatif buat mereka yang terlepas, memandangkan Subaru diberitakan tidak akan menawarkan model BRZ untuk pasaran tersebut.
Baca: Toyota GR86
Baca: Beza Toyota GR86 dan Subaru BRZ guna menu makanan kari
Sumber: Autocar