Toyota GR86 Special Edition hadir dalam warna jingga eksklusif

oleh Mohamad Hanif|
Toyota terus memperkemaskan lagi penawaran kereta-kereta sports pacuan roda belakang, dan selepas pengenalan GR Supra dengan transmisi manual, tiba giliran GR86 mendapat kemaskini bertemakan 'harimau yang mengaum'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memperkenalkan Toyota GR86 Special Edition 2023.

Apa yang membuatkan GR86 Special Edition ini lebih menyerlah sudah pasti layangan warna jingga eksklusif Solar Shift, diikuti dengan jalur grafik pada tiang C, rim hitam bersaiz 18 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 dan juga penambahan spoiler belakang berwarna hitam.
 

86


Turut menyumbang kepada kegarangan GR86 ini adalah pemasangan sistem ekzos cat-back, dengan tip krom hitam berlogokan GR.

Untuk ruang kabin, terdapat lencana edisi khas disertakan dengan aksen warna Solar Shift itu tadi, diikuti dengan skrin kluster instrumen digital tujuh inci dan skrin infotainmen bersaiz lapan inci, roda stereng balutan kulit, pedal aluminium, tempat duduk balutan UltraSuede berliang dengan ciri pemanas, bolster kulit, sistem kawalan iklim dua zon dan sistem audio dengan lapan pembesar suara.

Ini kerana spesifikasi GR86 Special Edition ini adalah berdasarkan penawaran pada varian GR86 Premium.
 

86


Toyota GR86 Special Edition masih lagi mengekalkan penawaran nadi boxer 2.4 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan 228 hp dan 249 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

Produksi GR86 Special Edition ini hanya dihadkan kepada 860 unit sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Namun, terdapat ura-ura Toyota akan melancarkan model generasi ketiga GR86 pada tahun 2025, tidak…
Berita Global
Ini kerana kedua-dua model kereta sports pacuan roda belakang mampu milik itu bakal ditamatkan…