Toyota Harrier generasi keempat rasmi masuk Malaysia - RM250k!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1997, Toyota Harrier telah menjadi sebuah nama yang dikenali yang menawarkan pakej penggayaan serta tahap kebolehpercayaan yang diharapkan daripada sebuah jenama Toyota.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi keempat kini mula ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, dan Malaysia merupakan satu daripada dua negara yang menjual Harrier menerusi saluran rasmi dengan jaminan penuh dan sokongan selepas jualan yang lebih lengkap.

 


Toyota Harrier 2021 meneruskan penampilan yang premium, sporti serta rekaan yang mirip ke arah sebuah rekaan coupe dengan konsep Dignified Elegance yang cuba ditampilkan oleh para pereka Toyota.

Tidak seperti model terdahulu, Harrier generasi keempat didatangkan dengan enjin Dynamic Force M20A-FKS 2.0 liter DOHC dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 173 PS dan 203 Nm, sistem transmisi Direct Shift CVT da npacuan roda hadapan sahaja.

Terdapat tiga mod pemanduan yang ditawarkan iaitu ECO, Normal dan Sport.

 


Selain daripada menggunakan platform TNGA-K (sama seperti RAV4) yang menawarkan titik graviti yang lebih rendah, Toyota turut memberikan tumpuan kepada geometri suspensi depan dan belakang yang dioptimasikan bagi memberikan pemanduan Harrier yang lebih seimbang, meyakinkan dan mudah untuk dijangka.

Dari segi dimensi, Harrier baharu membawakan ukuran panjang 4,740 mm, lebar 1,855 mm, tinggi 1,660 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,690 mm, dan menawarkan radius putaran minimum 5.7 meter.

 


Antara ciri yang dimuatkan pada Harrier baharu termasuklah lampu utama BI-LED projektor automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED depan dan belakang, kombinasi lampu LED belakang, rim 18 inci, bumbung panorama, pintu tailgate berkuasa dengan penderia tendangan, serta sistem ekzos dua peredam.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan sistem Display Audio lapan inci yang lengkap dengan Android Auto dan Apple CarPlay, sistem pendingin hawa dua zon, paparan meter Optitron dengan skrin MID tujuh inci berwarna, tempat duduk balutan kulit, kerusi pemandu boleh laras 12 cara, kerusi penumpang hadapan boleh laras empat cara, paparan head-up dan slot pengecasan nirwayar.

 


Dari segi keselamatan, Toyota Harrier didatangkan dengan ciri standard Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Laluan (LDA)
  • Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  • Bantuan Pengesanan Laluan (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif (AHS)

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan seperti tujuh beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Intelligent Clearance Sonar (ICS), Pemantauan Titik Buta (BSM), serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

 


Hanya satu varian sahaja ditawarkan, Toyota Harrier 2.0 Luxury ini diimport sepenuhnya dari kilang Takaoka dan terdapat lima warna menarik iaitu Steel Blonde Metallic, Slate Grey Metallic, Precious Black, Dark Blue Metallic, dan warna khas White Pearl Crystal Shine.

Harga jualan bermula dari RM249,706.50 atas jalan tanpa cukai jalan dan insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi anda yang sudah buntu untuk mencari idea mencantikkan Toyota Harrier (nama di pasaran lain…
Berita Global
Untuk tahun 2021, Toyota telah menawarkan kemaskini terhadap Sienta berupa penambahbaikan terhadap…
Berita Domestik
Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan…