Toyota hasilkan kembali alat ganti tulen Supra A70 dan Supra JZA80!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini merupakan satu berita baik buat para peminat model kereta sports klasik Supra A70 dan Supra JZA80. 

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Cars, ketua unit Gazoo Racing Shigeki Tomoyama mengumumkan bahawa Toyota akan memulakan program produksi semula alatan ganti untuk kedua-dua model Supra tersebut. 

Tomoyama yang juga pemilik Toyota Supra JZA80 menambah bahawa program yang dinamakan sebagai GR Heritage Parts Projects ini akan menghasilkan kembali komponen spesifik termasuklah bagi model Supra A90. 
 


GR Heritage Parts Projects ini menjanjikan bahawa ia akan memenuhi jangkaan para pencinta modifikasi kereta sports Toyota itu walaupun tiada sebarang perincian didedahkan pada pengumuman tersebut. 

"Nafsu manusia adalah untuk bergerak bebas dan pantas mengikut kemahuan seseorang, dan kami di Gazoo Racing mahukan DNA ini diwariskan kepada generasi seterusnya. 

"Cabaran Toyota Gazoo Racing adalah untuk menghasilkan kereta sports yang memenuhi citarasa golongan ini untuk 100 tahun akan datang," jelas beliau lagi.
 


Dengan pengumuman projek ini, Toyota akhirnya menyertai langkah yang dibuat oleh Nissan yang sebelum ini mengumumkan Nismo Heritage Parts untuk R32, R33, dan R34 serta Honda untuk model kereta sports NSX. 

Tidak dilupakan, Mazda juga melancarakan program restorasi yang serupa bagi model generasi pertama MX-5 atau lebih dikenali dengan nama Roadster NA. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…