Menurut pengurus besar Toyota Amerika Utara, Dave Christ memberitahu Automotive News, keputusan itu dibuat melihatkan kepada dimensi saiz dan demografik pembeli yang hampir serupa bagi kedua-dua model tersebut.
Untuk makluman, Toyota Crown Signia 2025 yang baru diperlihatkan beberapa hari yang lepas dibangun menggunakan pelantara TNGA-K, platform yang sama digunakan oleh Toyota Venza generasi keempat.
SUV baharu Toyota itu dijangka tiba di pusat pengedar di Amerika Syarikat pada musim panas tahun hadapan, menyertai model Crown Crossover yang juga turut dijual di sana.
Di Jepun, selain daripada Crown Crossover dan Crown Estate, pembeli juga boleh mendapatkan dua lagi bentuk badan yang berbeza, iaitu Crown Sport serta Crown Sedan yang lebih elegan.
Sumber: Automotive News