Toyota henti produksi akibat gempa bumi, GR Yaris, Voxy terjejas!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GRMN Yaris Rally Package
Toyota GRMN Yaris Rally Package
Pengeluaran kenderaan dunia termasuk Toyota di Jepun sudah beberapa kali terjejas akibat kekurangan komponen dari pembekal.

Terbaru Toyota terpaksa menghentikan barisan pengeluaran di sejumlah kilang akibat gempa bumi yang melanda Tohuku pada 16 Mac lalu.

Susulan kekurangan komponen dari pembekal yang terjejas, Toyota mengambil langkah pelarasan tambahan di beberapa kilang di Jepun.

Toyota turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas.

Toyota juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dan pembekal berkaitan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Toyota Motomachi
Toyota Motomachi

 

Pada masa yang sama, Toyota akan bekerjasama dengan pembekal bagi mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi cabaran kekurangan komponen.

Toyota juga akan berusaha bagi menghantar kenderaan pelanggan secepat mungkin.

Berdasarkan laporan yang diberikan Toyota, sebanyak 18 barisan pengeluaran di 11 buah kilang terpaksa dihentikan sementara dari 21 hingga 23 Mac.

Sejumlah model yang dipasang di barisan pengeluaran tersebut juga terkesan termasuk jenama Lexus.

 

Toyota Takaoka
Toyota Takaoka

 

Berikut disenaraikan model kenderaan yang terjejas:

  • GR Yaris, Crown, Noah, Voxy, Mirai, Lexus LC
  • RAV4, Harrier
  • Land Cruiser Prado, GX, 4Runner
  • Lexus LS, IS, RC, RC F, NX
  • C-HR, Aqua
  • Yaris, Yaris Cross
  • Sienta, Corolla Axio, Corolla Fielder, JPN Taxi
  • Land Cruiser 70
  • Lexus LX, Land Cruiser 300
  • Coaster
  • RAV4 PHV
  • FJ Cruiser
  • High Mobility Vehicle
  • Probox
Toyota Voxy

Sebelum ini industri automotif mengalami beberapa cabaran seperti pandemik, konflik dan industri tempatan turut terjejas akibat banjir yang melanda.

Mari doakan agar segala kesusahan diangkat dan kita dirahmati Allah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…