Toyota Hiace dilancarkan di Thailand - harga dari RM133 ribu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Toyota Hiace telah dilancarkan di Filipina awal tahun yang lalu dan kini giliran pasaran Thailand pula untuk menerima generasi baharu Hiace itu. 

Untuk pasaran Thailand, Toyota Hiace didatangkan dalam dua konfigurasi; bumbung rendah digelar sebagai Hiace manakala versi bumbung tinggi pula digelar dengan nama Commuter. 
 


Untuk versi bumbung rendah pula, Hiace ditawarkan sebagai sebuah van panel dan juga van penumpang (Hiace GL) dengan keupayaan untuk memuatkan 12 orang pada satu-satu masa. 

Manakala versi Commuter pula menawarkan ruang yang lebih besar dan selesa untuk 11 orang. 
 


Kedua-dua versi Hiace ini dikuasakan oleh enjin 2.8 liter 1GD-FTV turbodiesel dengan kuasa 177 PS dan daya kilas 420 Nm, digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Namun, hanya Hiace Commuter sahaja didatangkan dengan pilihan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 
 


Tidak seperti pasaran lain yang lebih ketat peraturannya, Hiace Thailand tidak dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense, namun ciri keselamatan lain tidak dilupakan seperti tiga beg udara SRS, ABS, Bantuan Membrek, Sistem Kestabilan Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman (TRC), dan Bantuan Mula Mendaki (HAC). 

Harga jualan pula bermula dari THB 999,000 (RM133 ribu) untuk Hiace Panel Van, sehinggalah kepada THB 1.079 juta (RM143,696), manakala Hiace Commuter pula dijual pada harga THB 1.269 juta (RM168,999) untuk versi manual dan THB 1.299 juta (RM172,994). 

* 1 THB = 0.13 MYR
 


Satu persoalan yang timbul, adakah UMW Toyota akan memberikan ruang kepada Hiace generasi baharu untuk mendarat di Malaysia? 

Sudah pasti ramai yang mahukan sebuah people mover yang lebih moden dan lebih selamat pada harga yang mesra poket. 

Atau wajarkah versi lebih premium Granvia diberikan peluang? 

Sumber: CarList

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…