Toyota Hilux 2024 JDM dikemaskini, dapat kamera Panoramic View sebagai ciri standard

oleh Mohamad Hanif|
Para pelanggan yang masih mahukan sebuah trak pikap yang tahan lasak dengan ciri moden boleh mendapatkan penawaran terbaharu daripada Toyota di pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Hilux 2024 kini dibekalkan dengan lebih banyak kelengkapan moden sebagai ciri standard untuk semua varian, seperti contoh kamera keliling panorama, sistem infohibur dan kamera undur yang telah dinaiktaraf, serta sistem navigasi pemetaan.
 

hilux


Terdapat juga penawaran warna baharu Platinum Pearl Mica sebagai pengganti kepada warna Super White II untuk varian Z dan GR Sport.

Sementara varian GR Sport pula mendapat kemasan arka roda mengikut warna badan, rekaan muka depan yang unik, rim bersaiz 18 inci, serta penampilan yang lebih agresif.
 

hilux


Tidak seperti Hailak pasaran Malaysia, Hilux Jepun hadir dengan enjin 2.4 liter turbo yang mampu menjana 147 hp dan 400 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Harga jualan Toyota Hilux 2024 di Jepun bermula dari 4,072,000 yen (RM127,994), sementara trim GR Sport pula bermula dari 4,312,000 yen (RM135,538).

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…