Toyota HiLux Australia guna teknologi 48-Volt pada enjin 2.8L diesel turbo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota  HiLux Rogue
Toyota HiLux Rogue
Teknologi hibrid Toyota (THS) sudah pun sampai ke generasi kelima dan digunakan pada pelbagai model seperti sedan, hatchback dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Bagaimana pula dengan pikap hibrid? Sudah ada di Amerika Syarikat iaitu Tundra i-FORCE MAX dengan enjin 3.5 liter turbo V6. 

Sistem itu walaupun menggunakan teknologi sama seperti THS (motor, penyongsang) senibina dan operasinya berbeza. Lagi pula, Tundra adalah pikap saiz besar.

Satu lagi model ialah Tacoma yang diperkenal pada Mei lalu dan menggunakan rangkaian kuasa i-FORCE Max dengan enjin lebih kecil 2.4 liter turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota  HiLux Rogue

 

Kini tiba giliran pikap popular HiLux menggunakan sistem hibrid. Bukan hibrid penuh tetapi mild-hybrid atau dipanggil Toyota Australia sebagai 48-Volt Technology.

Pengguna Australia memang gemarkan HiLux dan sudah bertahun mengungguli carta jualan kenderaan terlaris di sana.

Teknologi 48-Volt akan ditawarkan pada setengah tahun pertama 2024 dan dianggarkan 10 peratus lebih jimat bahan api berbanding model 2.8 liter diesel turbo sedia ada.

Pakej baharu itu terdiri daripada enjin 2.8 liter diesel turbo dengan transmisi automatik enam kelajuan, bateri 48-Volt, penjana-motor elektrik kecil dan beberapa komponen lain.

 

Toyota HiLux Rogue

 

Selain penjimatan bahan api, Teknologi 48-Volt juga membolehkan penggunaan sistem henti/mula dan meningkatkan keupayaan pemanduan.

Teknologi itu juga mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran.

Teknologi 48-Volt dijadikan ciri standard pada HiLux 4x4 SR5, Rogue Double Cab dan pilihan untuk 4x4 SR Double Cab.

Toyota juga memaklumkan Teknologi 48-Volt tidak akan mempunyai impak kepada model pacuan 4x4 dan kekal dengan keupayaan tunda 3,500 kilogram.

 

Toyota HiLux Rogue

 

Berapa kuasa pada pakej baharu itu nanti? Bakal dimaklumkan kemudian.

Sebagai rujukan, HiLux Rouge automatik dengan enjin 1GD-FTV menghasilkan 201 kuasa kuda (hp) dan tork 500Nm.

Selain itu, HiLux Rouge Australia mempunyai badan lebih lebar dan beberapa lagi perbezaan dengan Hilux Rouge tempatan. HiLux GR Sport di sana juga lebih 'hardcore'.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota HiLux Rogue