Toyota Hilux Champ buat kemunculan rasmi di Thailand, trak pikap asas dari RM61k

oleh Mohamad Hanif|
Model konsep trak pikap Toyota IMV 0 kini muncul secara rasmi di pasaran Thailand dengan menggunakan nama Hilux Champ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu masa.

Trak pikap spesifikasi asas itu boleh didapati dalam dua pilihan jarak antara roda pendek atau panjang, serta boleh dilengkapi dengan bed belakang jenis drop-side atau dek rata.
 

hiux


Versi Hilux Champ yang paling pendek membawakan ukuran sepanjang 4,970 mm, sementara versi paling panjang mampu mencapai ukuran 5,300 mm.

Reka bentuk luaran Hilux Champ tidak banyak berbeza berbanding model konsep IMV 0, seperti muka depan yang diinspirasikan daripada Land Cruiser, cermin depan rata, roda keluli hitam, serta unit lampu halogen sebagai ciri standard, sesuai dengan statusnya sebagai trak pikap bajet.

Sama seperti IMV 0, Hilux Champ boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis barangan dan komponen aftermarket daripada lebih 100 pengeluar aksesori mengikut keperluan pengguna.
 

hilux


Untuk ruang kabin pula, susun atur papan pemuka Hilux Champ nampak lebih ringkas, dihiasi dengan aksen berwarna jingga pada sesetengah tempat.

Kelengkapan standard juga sangat asas seperti ketiadaan sistem multimedia dan sistem pendingin hawa (hanya mod kipas sahaja), dua pemegang cawan, outlet kuasa, tingkap berkuasa elektrik dan beberapa ruang penyimpanan barang.

Untuk pasaran Thailand, Hilux Champ boleh didapati dengan tiga pilihan enjin, seperti berikut:
• enjin petrol 2.0 liter 1TR-FE (137 hp, 183 Nm)
• enjin petrol 2.7 liter 2TR-FE (164 hp, 245 Nm)
• enjin diesel 2.4 liter turbo 2GD-FTV (148 hp, 343 Nm)
 

hilux


Versi asas dengan enjin 1TR-FE didatangkan dengan transmisi manual lima kelajuan, sementara dua varian tertinggi pula tersedia dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Kesemua enjin hanya memacu roda belakang sahaja, tiada opsyen pacuan empat roda ditawarkan buat masa ini.

Harga jualan bermula dari 459,000 baht (RM61,269) untuk versi asas, sehingga 577,000 baht (RM77,020) untuk versi tertinggi, jauh lebih murah berbanding model Hilux standard.