Manakan tidaknya, enjin diesel asal 2.8 liter itu telah diberikan naiktaraf menjadikan angka output kini sekitar 201 hp dan daya kilas 500 Nm.
Ia hampir menyaingi kuasa yang dihasilkan oleh Ranger Raptor yang hadir dengan nadi bersesaran 2.0 liter turbo dengan angka output 213 hp dan 500 Nm.
Khusus untuk pasaran New Zealand, Ranger Raptor bakal dicabar oleh pengenalan Hilux edisi terhad, yang dinamakan sebagai Hilux Mako - bersempena dengan spesies ikan jerung sirip pendek.
Pakej Mako itu terdiri daripada naiktaraf sistem suspensi sebanyak 40 mm di hadapan, dan 50 mm di bahagian belakang, sementara penggunaan penyerap hentak boleh laras meningkatkan lagi keupayaan off-road sedia ada Hilux ini.
Sistem brek juga turut dinaiktaraf kepada jenis braided untuk ketahanan yang lebih baik, manakala kemasan di luar diakhiri dengan pemasangan lampu bar LED, fender flare, bumper yang lebih agresif dan bash plate.
Ruang dalaman Hilux Mako ini menerima kemasan berbentuk lencana Mako yang dijahit pada tempat duduk balutan kulit.