Toyota Hilux pasaran Eropah dapat nadi diesel hibrid ringkas 48V, tambah 16 hp, 65 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat bakal pemilik trak pikap Toyota Hilux di benua Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, Toyota mengesahkan model trak pikap yang tahan lasak itu akan mendapat nadi hibrid ringan 48 voltan yang mampu menambah kuasa kepada keupayaan sedia ada.
 

mild


Menurut Toyota, sistem hibrid ringan 48 voltan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm ke atas kuasa 201 hp dan 500 Nm yang dihasilkan oleh enjin diesel turbo 2.8 liter.

Cuma kekurangan sistem ini, ia tidak menawarkan mod pemanduan elektrik sepenuh masa seperti yang wujud pada Corolla Cross Hybrid.
 

hybrid


Namun begitu, dengan penambahan sistem hibrid ringan ini mampu menjanjikan kecekapan lima peratus lebih baik berbanding enjin diesel standard, terima kasih kepada sistem start-stop yang telah ditambah baik, serta putaran enjin melahu ditetapkan pada 600 rpm untuk lebih jimat bahan api.

Selain daripada kemaskini trenkuasa, Toyota Hilux turut mendapat sistem Multi-Terrain Select yang merangkumi enam mod pemanduan iaitu Dirt, Mud, Rock, Sand, Deep Snow, atau Automatic.
 

hilux


Akhir sekali, Hilux baharu ini dikatakan mampu untuk meredah air sedalam 700 mm.

Toyota Hilux Mild Hybrid ini akan mula dijual di benua Eropah pada pertengahan tahun 2024, eksklusif dalam bentuk badan kabin berkembar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…