Toyota, Honda & Nissan dedah jentera lumba baharu Super GT

oleh Mohamad Hanif|
Sukan permotoran berprestij seperti Super GT dan DTM dilihat menggabungkan beberapa regulasi untuk dilaksanakan pada musim perlumbaan akan datang, dan salah satu perubahan yang dilakukan adalah melibatkan aspek kuasa.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Di bawah peraturan baharu, jentera lumba diwajibkan menggunakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter dengan induksi paksaan turbo yang diposisikan di bahagian hadapan dengan kuasa tidak melebihi 620 hp. 

Ini sudah tentu memberikan kesan kepada jentera yang mempunyai konfigurasi enjin tengah seperti Honda NSX. 

Namun, Honda bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan memperkenalkan jentera lumba NSX-GT dengan enjin hadapan akan tetapi masih mengekalkan proporsi enjin tengah asal kenderaan tersebut. 
 


Selain daripada itu, Toyota juga turut mengambil kesempatan melancarkan jentera lumba Supra baharu, menandakan kali pertama nama Supra digunakan di dalam kejuaraan perlumbaan Jepun semenjak tahun 2006. 

Jentera Supra ini dipenuhi dengan komponen yang diperbuat daripada gentian karbon, selain bahagian aerodinamik yang lebih radikal sesuai untuk kegunaan perlumbaan. 
 


Akhir sekali, Nissan turut sama memperkenalkan jentera Nissan GT-R Nismo GT500 yang telah dikemaskini menampilkan enjin baharu empat silinder sebaris 2.0 liter bagi memenuhi regulasi yang telah ditetapkan. 

Selain daripada regulasi kuasa, perubahan ini juga turut menyaksikan gandingan perlumbaan antara kedua-dua kategori di dalam satu litar yang sama yang akan berlangsung pada akhir tahun ini. 

Pada November, sebuah perlumbaan khas "Super GT x DTM Dream Race" akan berlangsung di mana pengeluar di dalam perlumbaan Super GT akan menyertai Audi, BMW dan R-Motorsport Aston Martin di Hockenheim. 

Setelah itu, 12 buah jentera DTM akan diterbangkan pula ke Jepun untuk bersaing melawan jentera-jentera Super GT. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kini, model 'super grand tourer' tersebut sudah pun sedia untuk membelah jalan raya Malaysia,…
Sukan Bermotor
Jentera yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Nissan Z generasi baharu yang akan diserahkan secara…
Sukan Bermotor
Jentera lumba baharu itu didedahkan secara rasmi di Fuji International Speedway dan akan mula…