Toyota jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia 2021

oleh Mohamad Hanif|
Toyota berjaya merampas kedudukan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia apabila menjual sebanyak 72,394 unit kenderaan tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam pada itu, syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai jenama nombor satu di Malaysia meskipun jualannya sepanjang 2021 mencatatkan penurunan 13.6 peratus kepada 220,154 unit.

Ini diikuti oleh PROTON yang menyaksikan pegangannya dalam pasaran tempatan meningkat kepada 22.7 peratus tahun lalu, selain mencatatkan prestasi jualan terbaik sejak 2014.

Honda sebelum ini mengungguli segmen bukan nasional di negara ini selama enam tahun berturut-turut.

Untuk tahun 2021, UMW Toyota Motor berjaya mencapai angka jualan keseluruhan sebanyak 72,3964 unit, atau peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Jumlah jualan bagi bulan Disember juga turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.5 peratus, dengan 9,289 unit terjual jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2020 (9,246 unit).

Toyota Vios masih lagi kekal sebagai model yang paling laris terjual dengan jumlah penguasaan sebanyak 31 peratus, sementara Toyota Hilux pula masih memegang takhta sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak tahun 2005.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan pelanggan setia kami kerana sokongan yang berterusan dan memilih Toyota sebagai teman jalanan mereka.

Berita penuh di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…