Toyota jenama nombor satu di'Google' tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menduduki tangga pertama dalam senarai jenama automotif yang paling laris di dunia, Toyota juga turut mengungguli senarai jenama automotif yang paling dicari di internet pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut data Google Trends yang disusun oleh Compare the Market, Toyota merupakan jenama yang paling dicari ramai untuk tahun 2018, 2020, dan 2021.
 

2021


Daripada 154 buah negara, Toyota muncul sebagai jenama yang teratas di 47 buah negara, merangkumi 31 peratus daripada jumlah data keseluruhan.

Menurut Compare the Market, antara sebab utama jenama itu menarik perhatian umum termasuklah pelancaran beberapa model baharu seperti Land Cruiser, Corolla Cross, barisan kenderaan elektrik (EV), serta pengumuman GR Heritage Parts yang dikhususkan untuk model-model klasik AE86 Corolla Levin dan Sprinter Trueno.
 

Compare The Market


Berdasarkan data yang disusun bermula tahun 2018, tiga jenama utama yang mengungguli tangga teratas adalah Toyota, BMW dan juga Mercedes-Benz.

Sumber: Compare the Market

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…