Toyota jenama paling banyak terima hak paten di Amerika Syarikat!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Toyota sememangnya popular minggu ini, bukan sahaja dinobatkan sebagai jenama automotif nombor satu dunia, bahkan ia juga menjadi jenama yang paling kerap dicari di dalam enjin carian Google untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Populariti Toyota tidak terhenti setakat itu, apabila gergasi automotif Jepun itu dianugerahkan sebagai syarikat automotif yang paling banyak menerima paten di Amerika Syarikat!

Menurut data yang dikeluarkan oleh Intellectual Property Owners Association, untuk tahun 2020 para saintis dan jurutera Toyota telah dianugerakan 2,819 hak paten oleh pejabat pendaftaran paten dan tanda dagang Amerika Syarikat, peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2019.

Secara purata, Toyota menerima hampir lapan pendaftaran paten dalam masa sehari!

 


Jika anda pembaca setia Careta, terdapat beberapa contoh paten yang telah kami siarkan sebelum ini, seperti paten penilaian kebersihan kenderaan autonomi, pengisian bahan api autonomi, paten kereta terbang dan pelbagai jenis paten lain.

Frederick Mau, Pengarah Perlesenan Paten untuk Toyota Motor North America menjelaskan, mereka tidak mengehadkan penyelidikan terhadap satu-satu bidang sahaja.

"Kami memperluaskan pendaftaran paten merangkumi pelbagai jenis teknologi termaju pada tahun lalu, dan sememangnya amat berbangga dengan pencapaian yang mengkagumkan yang dibuat oleh pasukan kami.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…