Toyota Kanada tapis kelayakan 9 pembeli GR Corolla Morizo Edition

oleh Mohamad Hanif|
Di Kanada, para peminat Toyota seharusnya berasa lega kerana model hot hatch GR Corolla Morizo Edition turut ditawarkan di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun sayang sekali, hanya sembilan unit sahaja yang diperuntukkan untuk Kanada, dan Toyota Kanada terpaksa melakukan peraduan untuk memastikan hanya yang layak sahaja dibenarkan untuk memiliki GR Corolla Morizo Edition berharga CAD $59,990 (RM205,616) itu.

Toyota Kanada membahagikan peraduan tersebut kepada tiga wilayah utama, di mana dua pemenang akan dipilih dari wilayah barat, empat dari kawasan sentral dan tiga dari wilayah timur.
 

GR Corolla


Antara soalan yang ditanya termasuklah penglibatan peserta di dalam kelab kereta, sukan permotoran yang juga termasuk e-sports, butiran model kenderaan yang dimiliki, litar kegemaran di Kanada, serta jalan kegemaran di negara tersebut.

Satu soalan menarik yang dikemukakan adalah "Apakah niat dan jangkaan anda terhadap model GR Corolla Morizo Edition?" dengan pilihan jawapan Daily Commuter (kegunaan seharian), Secondary Vehicle (kenderaan kedua), Track Vehicle (kereta litar) dan juga Collector's Item.
 

GR Corolla


Mengikut spesifikasi, Toyota GR Corolla Morizo Edition dikuasakan oleh nadi tiga silinder sebaris 1.6 liter G16E-GTS yang mampu menjana 300 hp dan 400 Nm, transmisi manual nisbah rapat, serta diet berat badan 48 kg berbanding model standard.

Baca: Toyota GR Corolla 2023

Baca: Toyota GR Corolla Morizo Edition 2023

Baca: Toyota bakal tawar enjin 300 hp GR Corolla pada GR Yaris Morizo Edition

Baca: Tiada lagi model baru GR selepas ini

Baca: Toyota buat eksperimen - sumbat enjin GR Yaris dalam GR86