Toyota Land Cruiser 250 Terima Sentuhan Liberty Walk – Terus Jadi “Mini G-Wagon”

oleh Qalif Latif|
Toyota Land Cruiser 250 yang standard pun sudah nampak garang, tapi versi modifikasi yang dipamerkan di SEMA kali ini betul betul naik taraf hasil sentuhan Liberty Walk dan AlphaRex. Rekaan badan jadi lebih lebar, lebih rendah dan membawa aura G Wagon dalam pakej LC250.

Liberty Walk and AlphaRex
Rekaan Lebar Dengan Muka Baru Yang Lebih Kasar

Bahagian paling mencuri perhatian ialah muka hadapan. Liberty Walk memasang bumper baru dengan LED daytime running lights yang terintegrasi kemas serta fender lebar khas mereka. LC250 yang biasanya nampak moden terus berubah menjadi SUV berotot dan penuh karakter. Enjin i FORCE MAX hybrid masih kekal standard dengan 326 hp dan 465 lb ft torque tanpa sebarang ubah suai mekanikal.

Liberty Walk and AlphaRex

Lebih Rendah Dan Lebih Lebar Hasil Widebody

Profil sisi jelas menunjukkan LC250 ini duduk lebih rendah daripada standard. Walaupun Liberty Walk tidak menyatakan penggunaan lowering spring, stance keseluruhan memang kelihatan direndahkan. Roda Vossen 24 inci pada unit pameran ini menambah lagi karakter agresif.

Liberty Walk turut menambah hood insert, bumper extension, spoiler but dan diffuser belakang untuk melengkapkan rupa widebody street build.

Liberty Walk and AlphaRex

Harga Kit Liberty Walk Siap Ditukar Ke Ringgit Malaysia

Pakej kit badan penuh Liberty Walk
USD 8,800.00 anggaran RM 41,360.00

Roda Vossen 24 inci
USD 14,850.00 anggaran RM 69,800.00

Komponen individu mengikut pilihan

Bumper depan
USD 2,420.00 anggaran RM 11,370.00

Spoiler but
USD 1,100.00 anggaran RM 5,170.00

Rear wing tambahan
USD 660.00 anggaran RM 3,100.00

Hood insert
USD 990.00 anggaran RM 4,650.00

Rear diffuser atau side extension
Sekitar USD 880.00 hingga USD 990.00 anggaran RM4,140.00 hingga RM 4,650.00

Untuk keseluruhan setup seperti unit pameran, jumlah kos boleh mencecah antara RM 110,000.00hingga RM 120,000.00 bergantung pada pilihan roda dan komponen tambahan.

Liberty Walk and AlphaRex

Modifikasi Ini Bukan Untuk Semua Orang Tetapi Memang Niatnya Nak Menonjol

Kolaborasi Liberty Walk dan AlphaRex untuk LC250 ini sememangnya bukan untuk pemilik yang suka gaya sederhana. Ini modifikasi yang dibuat untuk mencuri perhatian dan menonjol dari jauh. Dari apa jua sudut sekalipun, ini memang bukan Land Cruiser 250 biasa.

Liberty Walk and AlphaRex
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Konsep Fuel-Cell Untuk Kegunaan Overlanding Tacoma H2 ini bukan sekadar versi modifikasi. Ia…
Berita Global
Projek EV Paling Berani Toyota Walaupun Toyota dikenali sebagai peneraju dalam teknologi…
Berita Global
Dari Z NISMO Jalanan ke Jentera Lumba Sebenar GT-Z dibina sepenuhnya oleh Forsberg Racing…