
Badan berkotak Land Cruiser diserlahkan dengan lingkungan roda lebar dan penghadang lumpur AT dipadan kemas bersama badan yang kembang.
Selain badan lebar, Land Cruiser AT juga menyerlah dengan tayar 37 inci (37x12.50) BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 atau Mud-Terrain T/A KM3.
Tayar membaluti rim aloi tempa Arctic Trucks Heritage saiz 17 x 10 inci warna Hitam Satin. Pemijak sisi sepadan dengan badan.
Logo Arctic Trucks dipasang merata dari sekeliling badan sehingga ke dalam kereta termasuk alas kaki dan pelapik ambang pintu.

Sistem suspensi boleh laras dua arah menyumbang kepada ketinggian sebanyak 40 milimeter.
Suspensi ini bangunkan dengan kerjasama R53 Suspension yang mempunyai pengalaman dan pemenang Rali Dakar.
Saiz tayar yang bertambah ketara disesuaikan dengan pengubahsuaian pada rangka, badan dan rangkaian pemacu.
Penelitian semula itu untuk keseimbangan roda, tayar dan kelegaan bumi dengan pusat graviti rendah.

Bersama trek lebih lebar dan jarak roda yang dipanjangkan, Land Cruiser AT menawarkan pemanduan selesa dan stabil.
Sebagai rakan rasmi Toyota di beberapa pasaran, Arctic Trucks akan melancarkan Land Cruiser 250 / Prado AT37 pada suku kedua 2025.
Menariknya, Land Cruiser ini akan ditawarkan sebagai unit dari pengedar rasmi atau pakej pengubahsuaian terus kepada pelanggan.
Land Cruiser AT37 ditawarkan di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika.

Land Cruiser 250 / Prado AT37 sesuai untuk pelbagai enjin, transmisi serta model penumpang dan perdagangan Land Cruiser di pasaran.
Spesifisikasi Land Cruiser 250 / Prado AT37:
- Pengubahsuaian pada kerangka, badan, perkakasan dan pelbagai lagi
- Pakej badan lebar Arctic Trucks (10 barangan)
- Rim aloi tempa Arctic Trucks Heritage 17x10 warna Hitam Satin
- Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 atau Mud-Terrain T/A KM3 saiz 37x12.50 R17
- Suspensi Arctic Trucks & R53 boleh laras dua hala, badan ditinggikan 40 mm
- Trek roda lebih lebar dan jarak roda dipangjangkan melalui pengalihan gandar belakang untuk jarak kelegaan, keselesaan dan kestabilan lebih baik
- Meter kelajuan Arctic Trucks dan Toyota
- Penentukuran TPMS dan TSS
- Pemijak sisi Arctic Trucks
- Cangkuk belakang Arctic Trucks 2 inci pelbagai fungsi
- Penghadang lumpur Arctic Trucks
- Alas kakli premium Arctic Trucks
- Logo Arctic Trucks AT37 di sekeliling badan termasuk di dalam kereta
- Nat pengunci rim Arctic Trucks
- Perengkuh kilas Arctic Trucks
- Sijil ketulenan
Penulis: Muhammad Md Tajudin
