Toyota mahu fokus pada EV yang mampu milik, jarak jauh bukan keutamaan

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui Toyota merupakan antara pengeluar yang terkebelakang dalam memperkenalkan barisan model-model kenderaan elektrik, namun ia bukanlah bermakna mereka tidak mempunyai perancangan langsung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi keluarga bZ, Toyota bakal menawarkan bukan satu, akan tetapi enam lagi buah model beyond Zero (bZ) yang memfokuskan kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Dalam satu temubual bersama Green Car Reports, naib presiden perancangan produk dan strategi Toyota Motor North America, Cooper Ericksen berkata, fokus mereka pada ketika ini bukanlah EV mahal dengan jarak yang paling jauh.

Akan tetapi, menurut beliau Toyota melihat produk yang lebih mampu milik sebagai salah satu aspek penting dalam menghasilkan sebuah EV yang mesra alam.
 

bz


"Untuk mencapai impak positif terhadap alam sekitar, anda perlu menjual kenderaan dalam kuantiti yang banyak, jadi amat penting untuk mencapai satu titik harga yang bersesuaian supaya membolehkan kami membuat model perniagaan sebenar.

Beliau menambah, "bateri adalah amat mahal, dan lebih besar kapasiti bateri, lebih mahal sesebuah kenderaan. Jadi untuk perancangan jangka panjang, ia bukanlah berkenaan jarak, jarak, jarak. Apa yang penting adalah untuk memadankan julat harga dan jarak yang mampu dimiliki oleh pelanggan.

Oleh sebab itu, Toyota tidak memfokuskan kepada EV dengan jarak operasi yang jauh.
 

bz


"Apabila orang ramai sudah terbiasa untuk mengoperasikan sesebuah EV, saya fikir masalah kebimbangan jarak akan hilang," sambil menambah kebanyakan pembeli EV akan faham mereka tidak memerlukan jarak 300-400 batu (482 km hingga 644 km).

"Kami cuba untuk mencari saiz bateri yang berpadanan untuk kegunaan pelanggan, selain titik harga yang tepat dan mampu menawarkan ketenangan minda. Dan kami fikir, ia mampu dicapai dengan Toyota bZ4X.

Toyota bZ4X merupakan EV produksi pertama Toyota yang mampu menawarkan jarak operasi sejauh 402 km, namun Toyota tidak pernah mengenepikan permintaan pelanggan yang mahukan EV dengan jarak gerak yang lebih jauh.

Untuk itu, mereka mempunyai sebuah lagi produk (di bawah Lexus) yang bakal ditawarkan kelak.

Sumber: Green Car Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…