Toyota Mirai pecah rekod dunia, jarak pemanduan sejauh 1,360 km setangki hidrogen penuh

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Mirai sekali lagi memecahkan rekod dunia Guinness World Record apabila berjaya mencapai jarak pemanduan sejauh 1,360 km untuk setangki hidrogen penuh tanpa memerlukan pengisian semula.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pencapaian tersebut disaksikan sendiri oleh pengadil dari Guinness World Records, Michael Empric di mana beliau sendiri memeriksa tangki bahan api Toyota Mirai yang tidak pernah dibuka sepanjang perjalanan dua hari bermula 23 hingga 24 Ogos itu.

Menurut Toyota, tangki tersebut hanya dibuka sekali ketika pengisian selama lima minit sebelum membuat perjalanan bersejarah itu.
 

Mirai


Hari pertama pemanduan menyaksikan Toyota Mirai yang dipandu oleh Wayne Gerdes dan pembantunya Bob Winger memulakan perjalanan sejauh 761 km dari Toyota Technical Center di Gardena, California menuju ke San Ysidro, sebelum kembali ke tempat asal melalui kawasan Santa Monica dan Malibu.

Hari kedua pula, pasangan pemandu itu mengambil jalan yang berbeza, di mana mereka terpaksa menempuh kesesakan trafik di lebuh raya San Diego antara Los Angeles dan orange County, sebelum mereka pulang semula ke TTC Gardena setelah melakukan pemanduan sejauh 598 km.
 

Mirai


Berdasarkan pemanduan selama dua hari itu, mereka berjaya mencatatkan penarafan kecekapan setinggi 152 MPGe (miles per gallon of gasoline-equivalent), satu nilai yang digunakan bagi kenderaan yang tidak menggunakan bahan api konvensional seperti model hibrid dan juga kenderaan elektrik (EV).

Sebagai rujukan, sebuah Tesla Model 3 Standard Range Plus RWD merupakan kereta yang paling cekap dinilai oleh EPA dengan angka setinggi 143 MPGe dicatatkan.
 

Mirai


Menurut perkiraan Toyota, sedan Mirai tersebut menggunakan 5.65 kg bekalan hidrogen dan tidak menghasilkan sebarang emisi CO2. Untuk sebuah kereta standard, Toyota menjangkakan ia mampu membebaskan sehingga 301 kg CO2 untuk jarak perjalanan yang serupa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…