Toyota mula keluarkan hibrid generasi ke-5, lebih berkuasa dan jimat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Touring Sports 2023
Toyota Corolla Touring Sports 2023
Perjalanan rangkaian kuasa hibrid Toyota secara massa bermula dengan Prius yang dilancarkan pada 1997.

Prius juga mencatatkan sejarah sebagai kereta produksi massa janaan petrol dan hibrid pertama di dunia.

Pengguna tempatan diberi peluang untuk merasai teknologi hibrid Toyota melalui Prius generasi ketiga, Prius C generasi pertama dan Camry XV50.

Di sebalik pelbagai model tersebut, Toyota terus membangunkan rangkaian kuasa hibrid yang kini berada di dalam generasi keempat dan digunakan pada Corolla Cross Hybrid.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Toyota Motor Manufacturing Poland
Toyota Motor Manufacturing Poland

 

Tidak ketinggalan, UMW Toyota Motor menawarkan kenderaan utitiliti sukan (SUV) itu di pasaran tempatan.

Di Eropah, Toyota Motor Europe (TME) memaklumkan pengeluaran rangkaian kuasa hibrid generasi kelima untuk Corolla sudah pun bermula.

Rangkaian kuasa itu dikeluarkan di Toyota Motor Manufacturing Poland (TMMP) dan Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK).

 

Toyota Motor Manufacturing UK
Toyota Motor Manufacturing UK

 

Rangkaian kuasa itu kemudian dipasang pada Corolla yang dikeluarkan di TMUK dan Toyota Motor Manufacturing Turkey (TMMT).

Pengeluaran enjin hibrid dan transmisi generasi kelima dimulakan selepas tujuh barisan pengeluaran di kilang Poland dan UK dinaik taraf.

TMMP mengeluarkan transmisi hibrid dan motor MG1 dan MG2 dan dipasang pada enjin 1.8 liter yang dikeluarkan di TMUK.

 

Motor MG1 Toyota Hybrid
Motor MG1 

 

Nilai pelaburan yang dikeluarkan berjumlah 77 juta euro (RM363.43 juta) dan 541 ribu euro (RM2.55 juta) untuk setiap satu kilang tersebut.

Dari sini kita boleh melihat bagaimana Toyota menyusun pengeluaran dan pada masa yang sama mencambah ekonomi dan peluang pekerjaan.

Rangkaian kuasa hibrid generasi kelima Toyota menggantikan sistem generasi keempat yang dikeluarkan di TMUK sejak 2016 dan 2018 di TMMP.

 

Motor MG2
Motor MG2

 

Sejak empat tahun lalu, jumlah jualan keseluruhan campuran kenderaan elektrifikasi Toyota di Eropah telah meningkat dari 30 peratus kepada 66 peratus.

Dari segi perbezaan, generasi kelima teknologi hibrid Toyota menggunakan motor elektrik yang lebih ringan, kompak dan berkuasa tinggi.

Turut meningkat ialah nisbah pemanduan elektrik di dalam sistem hibrid. 

 

Enjin 1.8 liter Toyota
Enjin 1.8 liter Toyota

 

Selain itu, kalibrasi enjin baharu menyumbang kepada kereta yang lebih berkuasa, prestasi keseluruhan dan drivability lebih baik dan penurunan emisi pada enjin 1.8 liter.

Sistem pemanduan hibrid dengan enjin 1.8 liter menghasilkan 140 kuasa kuda (hp).

Pecutan 0 hingga 100 km/j memerlukan 9.2 saat atau 1.7 saat lebih pantas berbanding sebelum ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Transmisi 1.8 liter Toyota
Transmisi 1.8 liter Toyota

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…