Toyota mungkin guna enjin baharu Mazda6 - enam silinder sebaris, sistem hibrid 48V, 350 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, kami telah melaporkan Mazda sudah pun memulakan pembangunan bagi generasi baharu Mazda6 yang bakal menampilkan konfigurasi pacuan roda belakang, teknologi mild-hybrid serta enjin Skyactiv-X enam silinder sebaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan dalam satu perkembangan terkini, Car and Driver turut memetik daripada satu sumber yang menyebut bahawa Mazda6 generasi berikutnya bakal hadir menjelang tahun 2022.

 


Mazda6 nampaknya merupakan model pertama yang bakal dibangunkan berdasarkan platform 'Large Architecture' yang menampilkan sistem pacuan roda belakang serta enjin menegak enam silinder sebaris Skyactiv-X.

Enjin petrol baharu Skyactiv-X ini bakal memiliki sesaran di bawah 3 liter  serta sistem mild-hybrid 48 Voltan yang mampu memberikan kuasa sehingga 350 kuasa kuda, manakala versi diesel enam silinder sebaris pula bakal menyusul di bawah keluarga Skyactiv-D.

Selain daripada itu, peningkatan kerjasama antara Mazda dan Toyota memungkinkan kedua-dua pengeluar automotif itu mendapat manfaat masing-masing daripada pembangunan Mazda6.

 


Spekulasi daripada Car and Driver turut menyebut Toyota bakal menggunakan enjin Skyactiv-X enam silinder sebaris ini pada model-model generasi baharu Lexus IS dan RC, namun hal ini difahamkan bakal menjadi kenyataan dalam masa beberapa tahun menjelang tahun 2026.

Ini kerana Lexus sudah pun merancang untuk memperkenalkan sedan generasi baharu tersebut menjelang tahun 2021 dengan penggunakan platform TNGA dan enjin sendiri sehingga model baharu muncul pada tahun 2026.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Gambar tersebut memaparkan kelibat lencana yang menyebut "INLINE 6", memberikan petanda SUV tiga…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Autocar menyebut pengeluar yang sinonim dengan enjin rotari itu akan…
Berita Global
Namun bermula tempoh dua tahun akan datang, barisan SUV yang disebutkan itu tadi akan disertai…