bZ Woodland merupakan model baharu dalam siri kenderaan elektrik Toyota bZ (Beyond Zero) dan dijadualkan memasuki pasaran Amerika Utara pada tahun 2026, sebelum diperluaskan ke pasaran global. Lebih menarik, SUV elektrik ini bakal dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) dan menawarkan kuasa kuda lebih tinggi berbanding model bZ4X yang kini berada di pasaran.
Ini bukan kali pertama kedua-dua jenama ini berkolaborasi. Sebelum ini, mereka memperkenalkan Toyota bZ4X dan Subaru Solterra pada tahun 2022, kedua-duanya dipasang di kilang Toyota Motomachi. Namun, pembinaan bZ Woodland dan Trailseeker di kilang Subaru menandakan buat julung kalinya EV hasil kerjasama ini akan dikeluarkan dari fasiliti Subaru sendiri.
Hubungan Toyota-Subaru bermula sejak 2005 menerusi pakatan strategik perniagaan dan modal. Kini, Toyota memiliki pegangan saham sebanyak 20% dalam Subaru, sekali gus memudahkan kerjasama mendalam termasuk pembangunan teknologi elektrik dan pengeluaran bersama.
Toyota turut mengesahkan bahawa model bZ Woodland akan dilancarkan di Jepun pada tahun hadapan sebagai model lanjutan kepada bZ4X, namun dengan fokus kepada prestasi dan keupayaan pacuan semua roda yang lebih mantap.