Toyota pegang rekod pendaftaran paten paling banyak untuk lapan tahun berturut-turut!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh lapan tahun berturut-turut, Toyota yang juga pengeluar nombor satu di Amerika Syarikat merupakan pengeluar yang paling banyak mendaftarkan paten teknologi daripada pejabat United States Patent and Trademark Office untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara keseluruhan, Toyota telah menerima 2,753 paten untuk tahun tersebut, dengan purata sebanyak 7.5 paten untuk setiap hari dan sebagai perbandingan, para jurutera dan saintis Toyota berjaya merekodkan pendaftaran sebanyak 2,819 paten pada tahun 2020.
 

paten


Menurut Sandra Phillips-Rogers dari Toyota Motor North America berkata, "kami amat gembira diiktiraf sebagai peneraju teknologi global dan dibuktikan menerusi senarai paten yang dikeluarkan untuk Toyota. Ini membuktikan usaha yang berterusan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Toyota dalam menghidupkan teknologi ini menjadi realiti.

Kebanyakan daripada paten yang dianugerahkan itu merangkumi penyelidikan dalam bidang kajian bateri bagi menyokong usaha elektrifikasi jenama itu.

Toyota mendakwa hasil yang dikecapi ini merupakan hasil daripada pelaburan besar di dalam bidang R&D, dengan lebih $1 juta dilaburkan setiap jam, dan lebih $1 bilion dilaburkan untuk projek berkaitan robot dan kenderaan autonomi sejak tahun 2017 lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…