Toyota perlihat prototaip hypercar GR Super Sport di Le Mans

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang mengikuti perkembangan Le Mans, namun syarikat automotif gergasi Jepun Toyota nampaknya meraih kemenangan kali ketiga berturut-turut menerusi jentera TS050 Hybrid, sekaligus menamatkan kelas perlumbaan LMP1 dengan bergaya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini kerana bermula tahun 2021, terdapat peraturan baharu di mana kelas LMP1 akan ditamatkan dan digantikan dengan format baharu yang digelar sebagai Hypercar.

Serentak dengan kejayaan tersebut, Toyota mengambil kesempatan untuk memperlihatkan prototaip jentera GR Super Sport kepada umum, malah sempat pula untuk melengkapkan pusingan demonstrasi menggunakan khidmat bekas pelumba Toyota Gazoo Racing, Alex Wurz.

 


GR Super Sport diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2018 sebagai sebuah model homologasi khas bagi kelas Le Mans Hypercar (LMH) yang akan memulakan perlumbaan musim pertama pada tahun 2021.

Mengikut regulasi terkini, jentera lumba LMH perlu mempunyai trenkuasa hibrid dengan angka output maksimum 670 kuasa kuda, motor elektrik-generator pada gandar hadapan menghasilkan 268 hp maksimum dan berat minimum 1,030 kg.

Selain daripada jentera lumba, sebanyak 20 unit jentera jalanan (minimum) perlu dihasilkan menggunakan trenkuasa yang sama, berkemungkinan besar dengan output yang lebih tinggi.

 


Dalam model konsep original GR Super Sport, ia didatangkan dengan nadi bentangan V6 2.4 liter turbo berkembar dan motor elektrik-generator yang mampu menghasilkan 986 hp, dan dibangunkan berdasarkan Toyota TS050 Hybrid.

Malah, struktur dalaman gentian karbon juga menunjukkan binaan yang hampir serupa dengan struktur yang didapati pada jentera lumba tersebut!

Ketika konsep yang diperlihatkan sebelum ini datang dengan rekaan kabin tertutup, jentera prototaip yang dipandu pada Le Mans pula adalah sebuah roadster, dan berkemungkinan besar adalah rekaan terakhir untuk GR Super Sport.

Ini adalah berdasarkan penemuan paten bumbung jenis kanopi yang difailkan oleh Toyota di pejabat pendaftaran paten dan tanda dagangan Amerika Syarikat awal tahun lalu.

 


Toyota GR Super Sport bakal menjadi salah sebuah pesaing kepada model edisi terhad yang dihasilkan ketika ini seperti Aston Martin Valkyrie dan Mercedes-AMG One.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memilikinya, Toyota turut hadir dengan soal selidik yang memerlukan mereka yang berminat…
Berita Global
Toyota GR Super Sport merupakan homologasi jalanan kepada jentera Le Mans (mengikut regulasi FIA)…