Toyota Prius 2023 - kereta PHEV, enjin Dynamic Force 2.0 liter, 220 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Lupakan seketika generasi keempat Toyota Prius yang sangat tidak cantik itu, dan ucapkan selamat datang kepada generasi kelima Toyota Prius 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti model terdahulu, Prius baharu ini nyata membawakan rupa paras yang lebih dinamik, lebih luas dan lebih cantik dalam masa yang sama mengekalkan reka bentuk yang aerodinamik.

Menggunakan platform TNGA generasi kedua, Prius baharu ini mempunyai dimensi jarak antara roda yang lebih panjang, titik graviti yang rendah, serta rim 19 inci secara standard.
 

Prius


Selain itu, ia didatangkan dengan tetapan suspensi MacPherson di depan, double wishbone di belakang, dan casis yang lebih tegar, menyumbang kepada kestabilan dan responsif pemanduan yang lebih baik.

Jika anda perasan, rekaan Prius ini menyamai apa yang dibawakan pada model Crown generasi baharu, di mana lampu depan berbentuk C dan lampu belakang merupakan bar LED melintang penuh.

Untuk pasaran Eropah, Prius hanya tersedia dalam versi PHEV, di mana ia didatangkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter (146 hp) dipadankan dengan motor elektrik 158 hp, dan kuasa gandingan sebanyak 220 hp.
 

Prius


Pek bateri pula berkapasiti 13.6 kWh yang dikatakan mampu menawarkan jarak gerak sifar emisi 50 peratus lebih jauh berbanding model terdahulu.

Selain itu, Prius juga boleh dilengkapi dengan panel bumbung solar secara opsyen, di mana sistem ini mampu menawarkan kuasa yang mencukupi untuk pemanduan sejauh 1,250 km untuk tempoh setahun.

Ruang kabin Prius 2023 membawakan susun atur yang digelar sebagai Island Architecture yang dilihat menyamai apa yang ditawarkan pada model SUV elektrik Toyota bZ4X, namun dengan sentuhan yang berbeza.
 

Prius


Terdapat skrin kluster digital yang diposisikan jauh dari kedudukan stereng, skrin tengah pula bersaiz 12.3 inci, tidak ketinggalan butang kawalan iklim di bahagian bawah corong tengah pendingin hawa.

Toyota Prius 2023 turut didatangkan dengan ciri dua outlet kuasa aksesori 1,500 W dengan dua mod janaan kuasa.

Dalam mod pertama, Prius akan menyalurkan kuasa terus daripada bateri manakala dalam mod HEV pula, enjin akan dihidupkan untuk mengecas kembali bateri sekiranya kuasa sedia ada tidak mencukupi.

 


Toyota Prius 2023 generasi baharu ini bakal dilancarkan secara rasmi di Eropah pada bulan depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada jumlah tersebut, hampir 200,000 unit terdiri daripada crossover subkompak Yaris Cross,…
Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Namun, disebabkan oleh tindakan segelintir pengedar yang tamak, Prius Prime kini dikategorikan…