Toyota Prius dengan modifikasi stance oleh T-Demand

oleh Mohamad Hanif|
Keluar standard dari kilang, anda sebenarnya sudah tidak perlu mengubah apa-apa aspek luaran pada Toyota Prius generasi kelima.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Dan tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa ini merupakan Prius yang paling cantik pernah dihasilkan oleh Toyota.
 

T-Demand


Namun, itu semua tidak menghalang pihak ketiga untuk tampil dengan modifikasi tersendiri, seperti yang diperlihatkan oleh syarikat T-Demand.

T-Demand menawarkan modifikasi suspensi yang boleh menjadikan Prius baharu ini duduk lebih rendah di atas jalan, termasuklah set upper dan lower arm Pro Arm, set peredam oleh Pro Damper, serta modul suspensi udara baharu untuk mencipta kesan visual yang lebih dramatik.
 

T-demand


Tidak cukup dengan itu, T-Demand turut menaik taraf sistem brek dengan rotor bersaiz lebih besar (355 mm atau 380 mm) diikuti dengan angkup enam omboh.

Rim aloi aftermarket dengan tetapan camber negatif turut menjadikan Prius ini lebih hensem dan digemari oleh golongan yang tidak langsung mementingkan aspek pemanduan dan pengendalian.

Baca: Toyota Prius 2023