Toyota Rasmi Tukar Nama TOYOTA GAZOO Racing Europe Kepada TOYOTA RACING Bermula 2026

oleh Qalif Latif|
Toyota Motor Corporation bersama TOYOTA RACING GmbH secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula pusat penyelidikan dan pembangunan serta anak syarikat Eropah mereka. Bermula 7 Januari 2026, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai TOYOTA GAZOO Racing Europe GmbH yang berpangkalan di Cologne, Jerman kini menggunakan nama baharu, TOYOTA RACING GmbH.

TOYOTA RACING GmbH

Langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang Toyota untuk memperkukuh asas pembangunan teknologi automotif melalui dunia permotoran berprestasi tinggi, khususnya dalam persekitaran perlumbaan kompetitif bertaraf dunia.

TOYOTA RACING GmbH

 

Perubahan Identiti Dalam FIA World Endurance Championship

Sejak 2016 hingga 2025, Toyota bertanding dalam FIA World Endurance Championship (WEC) di bawah jenama TOYOTA GAZOO Racing. Namun bermula musim 2026, pasukan ini akan menggunakan identiti baharu TOYOTA RACING.

Seiring dengan perubahan nama tersebut, Toyota turut memperkenalkan jentera Hypercar terkini mereka iaitu TR010 HYBRID versi dikemas kini, yang bakal menjadi tulang belakang kempen WEC Toyota bagi era baharu ini.

TOYOTA RACING GmbH

 

Peranan GR Kekal Kukuh Dalam Rali Dan Motorsport Pelanggan

Walaupun jenama TOYOTA RACING diperkenalkan di pentas WEC, Toyota menegaskan bahawa hubungan antara pelanggan dan produk Toyota melalui GAZOO Racing (GR) akan terus diperkukuh. Ini termasuk penglibatan aktif dalam FIA World Rally Championship (WRC) serta program motorsport pelanggan.

Antara model yang terus menjadi fokus termasuk GR YARIS Rally2 dan GR Supra GT4. Selain itu, TOYOTA RACING GmbH akan meneruskan peranan penting dalam menyokong aktiviti GR, termasuk pembekalan enjin rali dan pengeluaran jentera kategori GT4.

TOYOTA RACING GmbH

 

Fokus Masa Hadapan: Teknologi, Bakat Dan Semangat Permotoran

Ke hadapan, TOYOTA RACING GmbH akan memainkan peranan utama dalam mempromosikan aktiviti permotoran Toyota berasaskan kenderaan produksi. Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan menajamkan prestasi kereta, malah membentuk bakat jurutera dan pemandu dalam persekitaran perlumbaan yang mencabar.

Toyota menyasarkan TOYOTA RACING GmbH sebagai pemacu kepada pembangunan teknologi automotif canggih, perluasan budaya dan keseronokan dunia permotoran, serta pembinaan masa hadapan bersama peminat dan rakan strategik di peringkat global.

TOYOTA RACING GmbH
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  TGR-E menggunakan teknik, bahan dan pengetahuan kejuruteraan yang diperolehi di dalam…