Toyota sah bakal hasilkan hatchback segmen A untuk Eropah, guna platform GA-B

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Aygo (i-go) sebelum ini merupakan sebuah projek kereta bandar segmen A yang dijalankan dengan Peugeot dan Citroen, di mana generasi pertama memulakan penjualannya pada tahun 2005 bersama-sama model Citroen C1 dan Peugeot 107.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Baru-baru ini Toyota telah mendedahkan secara rasmi mereka bakal menghasilkan pengganti kepada model hatchback kecil itu untuk pasaran Eropah yang dikatakan bakal dibina menggunakan platform Yaris dan Yaris Cross - pelantar GA-B.

Sebagai sebuah kereta bandar yang lebih mampu milik, kereta kecil ini akan dibekalkan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) bersesaran kecil, serta penawaran sistem hibrid boleh cas sendiri.

 


Namun, tiada varian EV akan dihasilkan oleh Toyota.

Menurut siaran media Toyota, pemilihan trenkuasa adalah amat penting untuk sebuah kereta segmen A, melihatkan kepada kos yang menjadi pertimbangan ramai pihak.

"Tinjauan pasaran turut mendapati keadaan ini akan dijangka berterusan, di mana akses kewangan kekal menjadi satu pertimbangan yang dominan di kalangan pelanggan.

 

 


Produksi kereta bandar segmen A Toyota ini akan terus dibuat di kilang yang sama bertempat di Czech Republic, namun kembar Toyota Aygo yang terdahulu, Peugeot 108 dan Citroen C1 pula tidak akan diproduksikan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PSA.

 

 

 

Gambar Intip Toyota Aygo 2022 - sumber Motor1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…