Toyota Sequoia 2023 - Tundra dalam versi SUV saiz penuh

oleh Mohamad Hanif|
Populariti SUV dan trak pikap saiz penuh di Amerika Syarikat memang tidak dapat disangkal lagi, di sana serba serbi mahukan saiz yang besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas pelancaran trak pikap saiz penuh Tundra, Toyota kini memperkenalkan kembar trak pikap tersebut dalam versi SUV body-on-frame, Toyota Sequoia 2023.

Berkongsi pelantar TNGA-F yang sama dengan Tundra (dan juga Land Cruiser), para jurutera memastikan Sequoia 2023 menawarkan keselesaan yang tersendiri, terima kasih kepada sistem suspensi multi-link di bahagian belakang dan boleh dilengkapkan dengan suspensi udara boleh laras.
 

Sequioa


Sequioa 2023 memiliki keupayaan untuk menunda beban seberat 4,082 kg dan boleh dilengkapi dengan pakej Tow Tech yang merangkumi Straight Path Assist serta Trailer Backup Guide.

Generasi ketiga Sequoia membawakan elemen rekaan dari Tundra yang lebih radikal seperti lampu utama dengan DRL berbentuk T, garis badan yang agak tajam, tiang A yang sengaja digelapkan, serta lampu belakang melintang.
 

Sequioa


Ruang kabin pula tidak banyak membawakan perubahan besar berbanding kabin Tundra, di mana varian asas mendapat kelengkapan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin multimedia lapan inci, serta sokongan kata sapaan 'Hey Toyota' manakala varian yang lebih tinggi menambah ciri seperti slot pengecasan nirwayar, bumbung panorama, papara head-up serta sistem audio JBL dengan 14 pembesar suara.

Tidak seperti Tundra, Sequoia 2023 hadir dengan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat, dan diubah kedudukannya sebanyak 152 mm bagi memaksimumkan ruang kargo atau ruang kaki.

Untuk pasaran Amerika, Sequoia 2023 boleh didapati dalam beberapa trim, bermula dari trim aras mula SR5, Limited, Platinum,  varian tertinggi Capstone, sehinggalah kepada trim TRD Pro yang dikhususkan utuk pemanduan off-road sebenar.
 

Sequioa


Varian TRD Pro itu tadi mendapat kelengkapan seperti gril TOYOTA, lampu penanda dan bar lampu terintegrasi, rak bumbung, tip ekzos berkembar, rim aloi bersaiz 18 inci, serta kemasan warna hitam.

Pemanduan off-road pula dibantu dengan kelengkapan seperti penyerap hentak internal bypass FOX, skid plate depan aluminium, differential belakang, Multi-Terrain Select, Crawl Control, serta Downhill Assist Control.

Terdapat beberapa pakej opsyen ditawarkan seperti berikut:

  • Premium Package - balutan upholsteri SofTex, kerusi baris ketiga berkuasa elektrik, Toyota Audio Multimedia 14 inci, pintu tailgate berkuasa, outlet kuasa 120 V
  • TRD Sport Package - rim bersaiz 20 inci dalam warna matte black, penyerap hentak Bilstein, spring talaan TRD, pedal aluminium serta butang pandu mula berwarna merah.
  • TRD Off-road Package - spring dan penyerap hentak TRD, LSD belakang, rim aloi bersaiz 18 inci yang unik, serta aci pemacu hadapan berwarna merah, pedal aluminium serta butang pandu mula berwarna merah. Tambahan kawalan elektronik seperti  Downhill Assist Control, Multi-Terrain Select, Multi-Terrain Monitor dengan bantuan kamera, serta Crawl Control (bahasa mudahnya kawalan jelajah berkelajuan rendah)

 

Sequioa


Dari segi kuasa, Toyota Sequoia 2023 ditawarkan eksklusif dengan trenkuasa hibrid i-Force Max yang terdiri daripada enjin V6 3.5 liter turbo berkembar, motor elektrik dan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Ia berupaya menjana kuasa setinggi 437 hp dan 790 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding enjin lama V8 5.7 liter (440 hp/691 Nm).

Aspek keselamatan Sequoia 2023 didatangkan dengan ciri standard Toyota Safety Sense 2.5 yang merangkumi Sistem Pra-pelanggaran (dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal), Kawalan Jelajah Radar Dinamik, Amaran Keluar Lorong (dengan bantuan stereng), Bantuan Suluhan Tinggi Automatik, Bantuan Papan Tanda, Pemantauan Titik Buta, Sistem Pemantauan Panorama, dan tidak ketinggalan Amaran Lintasan Trafik Belakang serta bantuan Parkir depan dan belakang.