Toyota, Shell Malaysia tawar pemeriksaan 36 mata, percuma!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena musim perayaan berganda bulan Ramadan, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri, UMW Toyota Motor dan Shell Malaysia melancarkan "Kempen Keselamatan Balik Kampung" menawarkan pemeriksaan 36 mata secara percuma. 

Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh individu terlatih dari Toyota terbuka kepada semua jenis kenderaan bertempat di 20 stesen Shell terpilih seluruh negara. 

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K berkata, "Ini merupakan kerjasama pertama Toyota dengan Shell Malaysia bagi kempen keselamatan sebagai sumbangan kami menjadikan jalanraya lebih selamat.
 


"Selain lokasi stesen-stesen Shell yang strategik, kami juga menawarkan khidmat servis kenderaan di Pusat Servis Shell Helix, serta lokasi perhentian sebentar di Kedai Shell SELECT, dan tidak dilupakan, barisan produk bahan api Shell dengan Teknologi Dynaflex untuk penjimatan," jelas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Pemeriksaan percuma kenderaan akan bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang di lokasi dan tarikh seperti berikut: 

23-25 Mei 2019

  • Shell Jalan Tun Jugah, Kuching
  • Shell Jalan Keretapi, Kuching

23-26 Mei 2019

  • Shell Jalan Penampang KM 5.5, Kota Kinabalu
  • Shell Jalan Mat Salleh Tg Aru, Kota Kinabalu
  • Shell Jalan Sulaman Innoprise, Kota Kinabalu

30 Mei - 2 Jun 2019

Selangor

  • Shell Kota Damansara Seksyen 4, Petaling Jaya
  • Shell Jalan Batu Caves, Batu Caves
  • Shell Persiaran Sultan Ibrahim, Klang

Kuala Lumpur

  • Shell Desa Petaling, KL
  • Shell Jalan Genting Klang 1, KL
  • Shell Jalan Cheras Batu 4, KL

Utara

  • Shell Jalan Kuala Kangsar Ipoh, Selama
  • Shell Jalan Chain Ferry 1, Butterworth
  • Shell jalan Jelutong, Geogetown

Pantai Timur

  • Shell Jalan Besar Kuantan, Kuantan
  • Shell Jalan Gambang Kuantan KM13, Kuantan
  • Shell Jalan Hiliran KT, K. Terengganu

Selatan

  • Shell Jalan Skudai JB Batu 5 3/4, Masai
  • Shell Lebih Ayer Keroh, Ayer Keroh
  • Shell Taman Daya, Johor Bahru
     

 


Setiap pemeriksaan akan menerima cenderahati istimewa daripada Toyota sementara stok masih ada, dan bagi pemilik kenderaan Toyota pula, mereka akan menerima baucer potongan harga 10% bagi alat ganti terpilih di Pusat Servis Toyota. 

Manakala 10 pelanggan terawal setiap hari akan menerima baucer bahan api bernilai RM10 daripada Shell Malaysia. 

Perkhidmatan penukaran inflator beg udara kereta Toyota juga turut disediakan di semua stesen Shell yang disenaraikan di atas, dan pemasangan akan mengambil masa kira-kira satu jam, bergantung kepada model. 

Bagi pelanggan Toyota yang terlibat dengan penggantian inflator beg udara ini, UMWT turut akan memberikan Booklet Potongan Harga Servis.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…