Seperti contoh, Toyota Sienta 2023 baharu sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu, dan syarikat penala Modellista sudah pun mengumumkan pakej aksesori yang boleh dipilih oleh para pembeli di sana.
Tiga pakej yang ditawarkan kepada pembeli adalah seperti berikut:
Bright Tech Elegance - penambahan komponen aerodinamik pada bampar depan, liang kemasukan palsu, spoiler belakang, opsyen tip ekzos berkembar
Urban Tech Gear - penambahan cladding plastik pada arka roda, aksen aluminium pada gril, skid plate belakang
Garnish Style - kemasan krom cerah pada bonet, pintu, perumah cermin sisi, pemegang pintu, tailgate
Akhir sekali, set rim bersaiz 15 inci yang boleh dipadankan pada Sienta baharu jika anda rasa rim standard tidak begitu memuaskan hati.
Harga untuk pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
-Bright Tech Elegance - ¥148,500 (RM4,824)
-Urban Tech Gear - ¥108,900 (RM3,537)
-Garnish Style - ¥108,900 (RM3,537)
-rim 15 inci Modellista - ¥70,400 (RM2,287)
Selain daripada pakej itu tadi, Modellista turut menawarkan pelbagai aksesori seperti tilam udara, alas ruang kargo kayu, jaring perlindungan untuk ruang kabin, kusyen yang lebih bergaya, serta naik taraf lampu kabin LED.
Baca: Toyota Sienta 2023