Toyota Supra 2020 kembali ke zaman generasi Supra Mk4

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hangat juga rupanya berita berkenaan Toyota Supra, baik di negara luar mahupun di dalam Malaysia itu sendiri. 

Mungkin bagi peminat tegar, tanpa elemen daripada JZA80 dan enjin ikonik enam silinder sebaris 2JZ-GTE, Toyota Supra 2020 ini tidak lengkap sebagai sebuah kereta sports kelahiran Toyota. 

Namun, bagaimana sekiranya Supra A90 diberikan elemen yang disebutkan di atas?

Menerusi gambar edit manipulasi komputer yang dipetik daripada Roman Miah ini, beliau telah menambah rekaan spoiler klasik Supra di bahagian belakang, selain mengintegrasikan rekaan lampu bulat belakang Supra JZA80 pada Supra A90.

Sistem ekzos berkembar yang asal juga telah diubah menjadi sistem ekzos tunggal. 

Jadi, adakah imej manipulasi janaan komputer ini mampu meredakan 'ketidakpuasan' hati para peminat Supra sekalian? 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…