Toyota Supra GRMN dilapor bakal hadir dengan enjin S58 BMW, 533 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Gambar hiasan. GR Supra Heritage 3000GT
Mungkin ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran GR Supra dengan penawaran transmisi manual, namun kereta sport pacuan roda belakang itu kini dilaporkan bakal mendapat varian baharu dengan prestasi yang lebih memberangsangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media Jepun Spyder7, Toyota sedang membangunkan varian berprestasi tinggi GRMN (Gazoo Racing tuned by Meister of Nurburgring) dengan enjin S58 daripada BMW M3/M4 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 533 hp!

Difahamkan, Supra yang paling bertenaga ini hanya ditawarkan eksklusif dengan kotak gear klac berkembar tujuh nisbah kelajuan serta sistem pacuan roda belakang, manakala pacuan semua roda mungkin ditawarkan sebagai opsyen.
 

GR Supra


Selain itu, laman web Jepun itu turut melaporkan Supra GRMN bakal mendapat penampilan yang lebih agresif, diikuti dengan bumbung dan sayap belakang yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Supra GRMN ini dijangka muncul seawal tahun 2023 dengan harga jualan bermula sekitar 10 juta yen (RM341,085).

Sebelum ini, Toyota dilaporkan sedang mempersiapkan penawaran Supra bertransmisi manual yang dijangka tiba pada April tahun ini sebagai model tahun 2023, sementara produksi di Austria pula akan bermula seawal bulan Julai dan tiba di pusat pameran menjelang bulan Oktober.

Baca: GR Supra 35th Anniversary Edition

Baca: Lima Konsep GR Supra

Sumber: Spyder7

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…