Toyota Supra mungkin ditawarkan versi manual, tetapi...

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Supra generasi kelima A90 baharu sahaja dilancarkan dengan pilihan enjin enam silinder dan empat silinder sebaris mengikut pasaran masing-masing di Amerika dan Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Supra A90 hanya ditawarkan dalam transmisi automatik lapan nisbah kelajuan sahaja pada ketika ini, dan ketiadaan versi manual sedikit meresahkan hati para peminat pedal ketiga di dalam sebuah kereta berprestasi tinggi. 

Ketika pelancaran rasmi Toyota Supra di Detroit Auto Show baru-baru ini, ketua jurutera pembangunan Supra, Tetsuya Tada tidak menolak kemungkinan akan menawarkan model tersebut dengan transmisi manual.
 


Ketika ditemu bual oleh Road and Track, Tetsuya Tada menyatakan bahawa transmisi manual untuk Toyota Supra masih di dalam proses pembangunan namun penawaran Supra versi manual mungkin akan menjejaskan pasaran Toyota GT86.

"Sekiranya Toyota Supra ditawarkan dalam versi manual, ia (Toyota GT86) tidak akan mempunyai tempat di dalam pasaran.
 


"Saya tidak mahu ada pertindihan identiti di antara Toyota Supra dan Toyota GT86," ujar beliau. 

Sebagai mengakhiri temu bual, beliau turut mengakui 'telah menerima mesej' dari kalangan ribuan para peminat yang tetap mahukan sebuah Supra dengan transmisi manual.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walapun daya kilas kekal sama pada 500 Nm, enjin 6-silinder sebaris buatan BMW itu menerima talaan…
Berita Global
Tatkala sesetengah pengeluar mengkhususkan kereta berprestasi tinggi datang dengan transmisi manual…
Berita Global
Toyota Supra sudah pun selesai dilancarkan di negara kelahiran asal model JZA80 Supra, Jepun dan…