Toyota Synergized Mobility dekati pengguna dengan teknologi terkini

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor (UMWT) kini melancarkan teras baru jenamanya, dikenali sebagai Toyota Synergised Mobility (TSM), yang dipacu oleh teknologi canggih yang terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selaku syarikat pelopor dalam industri automotif yang sedang berkembang sebagai penyedia servis mobiliti lainnya, Toyota telah membangunkan beberapa teknologi maju dan inovatif.

Melalui Toyota Synergised Mobility, teknologi maju berkenaan akan diringkaskan agar mudah difahami dan kepentingannya boleh dijelaskan dengan mudah. Dengan ini, kesepaduan antara teknologi dan manusia akan lebih erat, sekali gus memperkenalkan sisi baru Toyota yang lebih maju, canggih dan inovatif.

Dua contoh teknologi terkini yang dimaksudkan ialah Toyota Safety Sense (TSS) dan Toyota New Global Architecture (TNGA), masing-masing digunakan dan melengkapi model-model terkini Toyota.

Kedua-duanya memperluaskan makna ciri "permotoran pintar" untuk memastikan keselamatan, keselesaan dan prestasi. Dengan TSM, pelanggan akan dapat melihat kesepaduan antara keyakinan dan teknologi dalam aktiviti keseharian mereka.

 


Di bawah tema All About The Drive, UMWT akan melaksanakan Toyota Synergised Mobility bagi membawa ke hadapan kepimpinan teknologi Toyota yang akan digunakan untuk menjadikan kenderaan lebih bagus. Ia akan melengkapi lagi kerancakan yang telah dimulakan oleh usaha Toyota Gazoo Racing.

Toyota Synergised Mobility juga akan merintis jalan baru bagi teknologi Toyota untuk diperkenalkan dalam masa terdekat.

Ia menjadi simbol kepada kesatuan Toyota dengan masa depan; memanfaatkan teknologi akan datang, hari ini.

"Kami percaya teknologi seharusnya ringkas, tetapi pintar. Dengan Toyota Synergised Mobility, UMW Toyota Motor akan dipersembahkan kepada warga Malaysia dalam satu aspek baru jenama ini, iaitu melalui inovasi maju yang canggih. Pelanggan akan memahami dan memanfaatkan Smart Driving bersama Toyota, di mana mereka akan menikmati pengalaman pemanduan yang menyenangkan, dengan teknologi dalam kesatuan sempurna—direka oleh dan untuk manusia," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 


Sejak 2016, ketika UMW Toyota Motor memperkenalkan tema All About The Drive, jenama itu telah menjalani perubahan besar terhadap imejnya, meraih tanggapan untuk menjadi lebih sporty, muda dan menarik.

Ini sebahagian besarnya disokong oleh jenama Toyota Gazoo Racing (TGR) yang telah digunakan untuk acara-acara yang menarik seperti Festival Gazoo Racing, Kejuaraan GR Velocity E-Sport, GR Garage dan produk-produk prestasi tinggi GR.

Dengan jenama Toyota kini mempunyai daya tarikan yang lebih meluas dengan perwatakan bertenaga, seronok dipandu dan lebih sporty, Toyota Synergised Mobility akan menjadi peneraju bagi imej kecanggihan teknologi yang inovatif
Ketahui lebih lanjut mengenai Toyota Synergised Mobility di http://toyota.com.my/synergisedmobility

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan…