Toyota Tacoma 2024 – 10 Fakta yang Perlu Anda Tahu

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Amerika Syarikat sangat sukakan trak pikap. Itu satu fakta yang sukar untuk dinafikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, tidak menghairankan apabila banyak produk-produk trak pikap yang tidak terdapat di pasaran tertentu, disebabkan segmen itu sendiri mempunyai pengikut yang cukup besar.
 

Tacoma


Toyota Tacoma seperti contoh, merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan yang boeh didapati sebagai ‘pengganti’ kepada Hilux yang lebih popular di sini.

Generasi keempat Tacoma muncul secara rasmi baru-baru ini dengan membawakan perubahan yang signifikan, dan Toyota yakin model baharu ini mampu menjadi juara di dalam segmen trak pikap saiz pertengahan.

Berikut merupakan 10 fakta menarik berkenaan trak pikap Toyota Tacoma generasi baharu ini:

 

1. Berkongsi platform dengan Toyota Tundra dan Sequoia

Tacoma


Tacoma baharu dibangun menggunakan pelantar trak global TNGA-F yang turut digunakan sebelum ini oleh model trak saiz penuh Tundra dan SUV Sequoia.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah:
- penggunaan keluli berkekuatan tinggi serta kimpalan laser
- sistem suspensi belakang multi-link menggantikan tetapan spring dedaun yang menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik
- sistem brek cakera pada keempat-empat roda
- sistem stereng berkuasa elektrik

 

2. Sistem suspensi yang ditala khas untuk setiap trim

Tacoma


Terdapat beberapa varian/trim yang ditawarkan khusus untuk memenuhi keperluan peminat trak pikap di sana.

Dan menariknya, setiap trim tersebut ditawarkan dengan talaan suspensi yang berbeza.
- varian TRD Sport didatangkan dengan penyerap sport TRD untuk pengalaman yang lebih responsif
- varian TRD Off-road mendapat penyerap hentak Bilstein jenis tiub tunggal untuk jarak gerak roda yang lebih panjang
- varian TRD Pro hadir dengan penyerap hentak Fox QS3 boleh laras tiga cara, remote reservoir dan FOX Internal Floating Piston (IFP)
- varian Limited mendapat sistem suspensi adaptif (Adaptive Variable Suspension) yang boleh mengubah tetapan mengikut kondisi jalan yang berubah

 

3. Keupayaan membawa dan menunda muatan

Tcoma


Toyota Tacoma kini boleh menarik beban seberat 2,948 kg (bergantung kepada varian) dengan had muatan ditingkatkan kepada 775 kg.

Membantu urusan menunda ialah kehadiran ciri bantuan termasuklah trailer brake controller, trailer backup guide, digital display mirror, sistem kamera 360 darjah serta sistem pemantauan titik buta yang turut terpakai untuk trailer.

Selain itu, Toyota turut menambah kapasiti muatan bed belakang sebanyak tujuh peratus.

 

4. Pilihan trenkuasa

tacoma


Toyota Tacoma secara standard dibekalkan dengan nadi 2.4 liter turbo yang mampu menjana kuasa sehingga 278 hp dan 430 Nm, dengan padanan transmisi manual enam nisbah kelajuan iMT2 atau kotak gear automatik lapan kelajuan ECT-i.

Turut tersedia ciri rev-match automatik dan anti-stall untuk model bertransmisi manual.

Sistem hibrid i-FORCE MAX boleh didapati pada varian TRD Sport, TRD Off-Road, Limited, TRD Pro dan Trailhunter.

Ia menggandingkan nadi 2.4 liter dengan motor elektrik 48 hp yang diintegrasikan ke dalam transmisi lapan kelajuan, serta pek bateri NiMH 1.87 kWh.

Secara keseluruhan, ia berupaya menghasilkan 326 hp dan 630 hp, hampir dua kali ganda output berbanding nadi V6 terdahulu.


5. Keupayaan off-road dipertingkat

Tacoma


Anda boleh mendapatkan ciri-ciri berikut untuk pemanduan off-road yang dipertingkatkan, seperti:
- pembeza gelincir terhad automatik
- transfer case dua kelajuan kawalan elektronik
- Active Traction Control (A-TRAC)
- pembeza kekunci belakang elektronik standard untuk TRD PreRunner, TRD Off-Road, TRD Pro, Trailhunter
- pilihan mod pemanduan Multi-Terrain Select dengan fungsi CRAWL Control
- Downhill Assist Control

Selain itu, Tacoma juga mempunyai jarak lega bumi setinggi 279 mm (TRD Pro), diikuti sudut pendekatan 33.8 darjah, sudut breakover 23.5 darjah, serta sudut pelepasan 25.7 darjah.
 

TRD


Untuk Tacoma versi manual, terdapat fungsi yang digelar sebagai clutch start cancel yang membenarkan pemandu untuk tidak menekan klac semasa memulakan pemanduan off-road yang mencabar.

 

6. Ruang kabin mewah dan moden

Tacoma


Tacoma generasi baharu tampil dengan pelbagai ciri yang mewah dan moden, selari dengan perkembangan semasa.

Skrin tengah boleh didapati bermula dari saiz lapan inci atau 14 inci serta menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Terdapat juga slot pengecasan tanpa wayar Qi, pengecasan USB-C, skrin kluster digital 12.3 inci yang boleh didapati standard untuk varian tertinggi (atau tujuh inci untuk varian rendah), sistem audio JBL dengan 10 pembesar suara dan sebuah pembesar suara mudah alih JBL Flex dengan keupayaan kalis air sedalam tiga kaki.
 

Tacoma


Secara standard, semua Tacoma mendapat sistem kekunci pintar, butang pandu mula, storan tersembunyi di bawah tempat duduk, serta kod QR tersedia pada poket sisi yang membolehkan pemilik mencetak sendiri aksesori seperti toolkit menggunakan pencetak 3D.
 

7. Toyota Safety Sense 3.0 standard untuk semua varian

Tacoma


Kesemua varian Tacoma dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi ciri berikut:
- Sistem pra-Pelanggaran (dengan pengesanan pejalan kaki)
- Amaran Keluar Lorong (dengan bantuan stereng)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (untuk semua julat kelajuan)
- Bantuan Pengesanan Lorong
- Bantuan Papan Tanda Jalan
- Bantuan Suluhan Tinggi

Ciri baharu yang ada pada Toyota Safety Sense ialah Proactive Driving Assist.

Dengan menggunakan sistem kamera dan radar, Proactive Driving Assist ini direka untuk menawarkan operasi brek dan stereng yang lebih lembut untuk membantu operasi pemanduan seperti kawalan jarak antara kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal.

 

8. Varian baharu Trailhunter

tacoma


Untuk memenuhi keperluan para pencinta off-road, Toyota menawarkan varian Trailhunter dengan bantuan syarikat Australia ARB.

Ciri unik yang wujud termasuklah sistem penyerap hentak Old Man Emu (OME) tiub tunggal 2.5 inci, bar utiliti dengan panel MOLLE boleh tanggal, rak belakang ARB untuk menampung peralatan tambahan seperti khemah bumbung atau kanopi, serta tayar Goodyear Territory R/T 33 inci.
 

tacoma


Bahagian luaran Tacoma Trailhunter ini diserikan dengan jeriji TOYOTA berwarna gangsa, bar lampu LED 20 inci yang melengkapi sistem lampu kabus RIGID LED.

Tacoma Trailhunter ini turut mendapat fungsi inverter AC 2,400W yang mampu menyalurkan tenaga elektrik menerusi slot kuasa 12V dan USB, serta tiga suis tambahan pada papan pemuka.

Tidak ketinggalan, lebih daripada 100 jenis aksesori off-road yang boleh didapati menerusi program Associated Accessory Products (AAP) untuk dipadankan pada Toyota Tacoma baharu ini.

 

9. Tacoma TRD Pro

tacoma


Tidak seperti Tacoma Trailhunter, Tacoma TRD Pro pula direka untuk mereka yang mementingkan kepantasan pemanduan off-road.

Tacoma TRD Pro mendapat ciri-ciri berikut:
- upper control arm aluminium TRD
- sistem penyerap hentak Fox QS3 serta FOX Internal Floating Piston (IFP)
- rim TRD jenis flow-formed, tayar Goodyear Territory R/T 33 inci
- sistem kemasukan udara berprestasi TRD
- tip ekzos cat-back TRD
- bampar belakang ARB
- skid plate aluminium TRD
 

tacoma


Muncul pertama kali pada model TRD Pro ialah tempat duduk IsoDynamic Performance Seat yang menawarkan keselesaan pada penumpang hadapan, serta mengurangkan kesan kepenatan terutama selepas menempuh laluan off-road yang mencabar.

Tempat duduk IsoDynamic ini menggunakan sistem penyerap hentak khas yang mampu melaraskan pergerakan menegak dan sisi secara serentak untuk menstabilkan pergerakan kepala dan leher, sekaligus mengekalkan penjajaran dengan tulang belakang.

Tetapan ini juga boleh dilaras berdasarkan jisim badan pengguna dan boleh dipintas pada bila-bila masa. Menarik bukan?

 

10. Berapa banyak varian Tacoma yang tersedia?

Tacoma


Toyota Tacoma boleh didapati dalam versi dua pintu XtraCab atau empat pintu Double Cab, dengan konfigurasi bed belakang sepanjang lima atau enam kaki.

Dari segi penawaran trim, Tacoma kini tersedia dalam varian SR, SR5, TRD PreRunner, TRD Sport, TRD Off Road, Limited, TRD Pro dan varian baharu Trailhunter.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek ini dikenali sebagai X-Runner Concept dan diubah suai daripada Tacoma 2024. Selain…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Berpengalaman dalam melakukan pengubahsuaian terhadap trak overlander Hilux, syarikat Australia itu…