Toyota, Tamiya bangunkan Mirai kawalan jauh berkuasa hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti kereta biasa yang boleh dipandu atas jalan raya sebenar, kereta mainan kawalan jauh juga memerlukan bekalan tenaga (minyak atau bateri) diisi setelah satu tempoh masa yang tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, satu teknologi baharu dikatakan mampu untuk memanjangkan lagi tempoh bermain tanpa memerlukan pengisian bahan api atau penukaran bateri dengan kerap - sel bahan api hidrogen.

Ya, teknologi yang sama didapati pada Toyota Mirai sebenarnya sudah pun wujud dalam versi yang lebih kompak dan miniatur.
 

RC


Syarikat teknologi dari UK, Bramble Energy telah berjaya menghasilkan sebuah trenkuasa sel bahan api yang kecil dan boleh dimuatkan ke dalam kereta kawalan jauh Toyota Mirai 1:10 dengan menggunakan asas daripada casis TT-02 daripada Tamiya.

Bahan api hidrogen itu disimpan dalam dua buah tangki kecil yang menyerupai bateri saiz AA itu dipasang pada bahagian sisi litar.
 

RC


Tiada sebarang informasi berhubung motor yang digunakan atau kelajuan yang mampu dicapai, namun Toyota mendakwa ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 20 watt dan jarak operasi dua kali ganda lebih jauh berbanding penggunaan bateri konvensional.

Menurut Toyota, tujuan projek ini bukanlah untuk menghasilkan sebuah mainan yang boleh dijual (sayang sekali), akan tetapi mereka mahu membuktikan teknologi sel bahan api mampu pergi lebih jauh melangkaui segmen automotif.
 

RC


Menurut jurucakap Toyota, David Rogers menjelaskan, hidrogen memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan tenaga pada masa akan datang, dan membawakan pemanduan sifar emisi untuk bandar besar dan kampung.

"Ia (teknologi hidrogen) membenarkan kita untuk menyimpan tenaga yang boleh diperbaharui, dan membawanya dengan mudah untuk keperluan pelbagai jenis industri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…
Berita Global
Model prototaip CR-V FCEV yang dimaksudkan itu muncul buat kali pertama di acara Super Taikyu…
Berita Domestik
Sarawak Metro menyatakan bahawa kenderaan ART itu kini sedang menjalani latihan bukti konsep (POC)…