Toyota tawar beli semula bZ4X daripada pemilik yang terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Langkah Toyota memperkenalkan kenderaan elektrik pertama mereka nampaknya kecundang di tengah jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, baru sahaja beberapa bulan dijual, Toyota bZ4X telah pun mengalami masalah yang serius di mana terdapat risiko roda boleh tercabut sepenuhnya sewaktu SUV elektrik tersebut dipandu.

Menurut Toyota, bolt hab boleh jadi longgar disebabkan oleh membelok dengan tajam dan juga brek mengejut.

Malah, Toyota juga dalam satu satu surat kenyataan 'meminta' para pemilik untuk tidak memandu EV tersebut sehinggalah mereka menemukan penyelesaian bagi masalah tersebut.

 


Surat itu bukan sahaja bertindak sebagai peringatan kempen panggil semula, malah ia juga memberitahu Toyota sebenarnya masih lagi tidak mempunyai penyelesaian bagi isu yang melanda SUV bZ4X itu.

Toyota ada menawarkan beberapa penyelesaian alternatif bagi membantu para pelanggan, seperti memberikan kereta pinjam dan membayar kos petrol secara percuma, dan bagi pelanggan yang telah membayar penuh, terdapat kredit sebanyak $5,000 yang boleh digunakan untuk langganan bulanan dan/atau pembayaran semula pinjaman.

Selain itu, Toyota melanjutkan akses pengecasan percuma menerusi EVgo sehingga 31 Disember 2024.

Bagi pelanggan yang tidak mahu langsung penawaran Toyota di atas, mereka boleh menjual semula kereta yang dibeli kepada Toyota.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…