Toyota terus bantu jimatkan belanja servis

oleh HEZERI SAMSURI|
Produk Toyota memang terkenal dengan kos servis yang berbaloi.  Malah ia adalah antara sebab utama kenapa ramai yang memilih Toyota.

Sekarang ini Toyota mahu terus memastikan pemilik-pemilik Toyota menerima penjimatan yang lebih baik untuk kos servis kenderaan mereka.

Toyota Service Savers membenarkan anda membeli pakej servis prabayar untuk tiga atau lima tahun bagi kenderaan anda, dan menerima potongan menjimatkan anda sehingga RM584.

Di bawah ialah senarai pakej Toyota Service Savers untuk kereta baharu dan juga penjimatan yang diberikan (pakej 5-tahun).

 

 

Untuk yang sudah memiliki kenderaan Toyota sekarang (cuma untuk Vios, Yaris, Corolla dan Hilux), anda juga boleh membeli pakej servis Toyota Service Savers dan jimat sehingga RM520 (pakej 2-tahun).

 

 

Pakej servis pra-bayar ini sebenarnya bukan sahaja menjimatkan, tetapi mengurangkan kekusutan kepala bila kenderaan perlu diservis kerana kos sudah dibayar lebih awal.

Untuk info lanjut, layari Toyota Service Savers - FAQs di pautan ini.

https://toyota.com.my/aftersales-services/toyota-service-savers

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Toyota GR H2 Racing merupakan sebuah jentera lumba prototaip untuk perlumbaan Le Mans yang…
Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…