Toyota tunjuk keupayaan swa-drift guna GR Supra

oleh Mohamad Hanif|
Sukan drift merupakan salah satu cabang permotoran yang menunjukkan keupayaan dan skil pemandu dalam mengendalikan jentera yang sengaja dihilangkan kawalan, dalam keadaan yang terkawal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bahasa mudahnya, memandu secara senget.

Dengan kemajuan teknologi pemanduan semasa, satu hari nanti tidak mustahil sukan ini bakal digantikan oleh robot.

Toyota Research Institute (TRI) baru-baru ini mendemonstrasikan sistem swapandu dengan keupayaan swa-drift (drift secara autonomi) menerusi jentera GR Supra.
 

GR Supra


Jentera drift GR Supra ini telah dilengkapi dengan komponen yang boleh dikawal oleh komputer, seperti stereng, pendikit, klac, transmisi sekuential dan sistem brek tayar individu.

Malah, pihak pembangun turut memasang GR Supra ini dengan kelengkapan spesifikasi perlumbaan Formula Drift, seperti cagak keselamatan dan sistem pemadam api bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan yang terkawal.

Dengan menggunakan pendekatan Nonlinear Model Predictive Control (NMPC), TRI mahu mengkaji kebolehan kereta swapandu untuk memperlihatkan kawalan pemanduan drift bagi mengelakkan kemalangan atau halangan di jalan raya seperti ketulan ais.
 

GR Supra


Kajian kereta swa-drift ini turut mendapat kerjasama daripada pakar prestasi automotif GReddy serta lagenda drifter Ken Gushi.

Menurut Pengurus Kanan Unit Kajian Pemanduan Berpusatkan Manusia TRI, Avinash Balachandran berkata, "matlamat utama kami adalah untuk menggunakan teknologi termaju yang mampu membantu dan menguatkan manusia, bukan menggantikan mereka secara terus.

"Menerusi projek ini, kami mahu meluaskan aspek kajian di mana sesebuah kereta itu boleh dikawal, serta memberikan pengalaman dan refleks naluri pelumba professional kepada pemandu biasa supaya mereka kekal dalam keadaan terkawal di dalam situasi kecemasan, dan memastikan pengguna jalan raya lain selamat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk…