Toyota umum Corolla Sport serba baharu - turut hadir dalam versi hibrid, pacuan semua roda

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor Corporation mengumumkan pelancaran Toyota Corolla Sport baharu di Jepun menggunakan platform Toyota New Generation Architecture (TNGA) yang kini tampil lebih sporty bagi menarik sasaran pembeli daripada golongan muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menampilkan logo C besar pada gril hadapan yang merujuk kepada nama Corolla, bahagian hadapan menampakkan rekabentuk yang serba aerodinamik serta tampak tajam, sebelum diakhiri dengan garisan badan yang atletik dan titik graviti yang rendah memberikan Corolla sebuah 'stance' yang gagah. 


Mengikut jejak langkah abangnya Crown, Toyota Corolla Sport juga merupakan generasi pertama yang didatangkan dengan ciri mobiliti terhubung seperti e-Care Driving Guidance, e-Care Health Check Report, Connected Maintenance Package, MyToyota for T-Connect, HELPNET yang memberikan info kritikal berkenaan kenderaan mengikut masa nyata. 

Toyota Corolla yang bakal dipasang di Kilang Tsutsumi TMC ini bakal didatangkan dengan transmisi CVT 10 nisbah kelajuan, serta pilihan transmisi Intelligent Manual Transmission (iMT) yang bakal hadir pada bulan Ogos tidak lama lagi. 
 


Selain daripada enjin turbo 1.2 liter (8NR-FTS) yang menghamburkan 116 PS dan 185 Nm daya kilas, Corolla Sport juga bakal hadir dengan pilihan enjin hibrid 1.8 liter (2ZR-FXE) yang menghasilkan 122 PS dan daya kilas sebanyak 300 Nm yang memberikan tahap penjimatan minyak sebanyak 34.2 km/liter. 

Sistem gantungan Corolla ini menggunakan suspensi MacPherson strut di hadapan dan double wishbone di bahagian belakang, selain menampilkan Adaptive Variable Suspension System (AVS) jenis linear-solenoid yang mampu menyesuaikan kadar serapan mengikut keadaan jalan bagi memberikan lebih kawalan dan keselesaan ketika pemanduan. 

Toyota Corolla Sport ini turut menampilkan pakej keselamatan Toyota Safety Sense yang didatangkan sebagai ciri standard untuk kesemua varian termasuklah sistem keselamatan pra-pelanggaran, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, Automatic High Beam, Road Sign Assist serta ciri Parking Support Brakes yang mampu mengesan halangan ketika memarkir kenderaan dan mengurangkan kemungkinan kerosakan pada kenderaan. 
 


Bahagian kabin Toyota Corolla ini menawarkan ruang dalaman yang serba luas, terima kasih kepada platform TNGA yang membenarkan ketinggian panel instrumen direndahkan, kerusi sporty jenis bucket dan sistem infotainmen TFT bersaiz 7 inci. 

Toyota Corolla Sport ini bakal didatangkan dengan pilihan rim 15 dan 16 inci, dan lapan pilihan warna termasuklah Oxide Bronze Metallic, Scarlet Metallic dan Cyan Metallic. 

Harga jualan untuk Toyota Corolla 1.8 liter hibrid pacuan roda hadapan bermula dari 2,419.200 yen (RM88.8k++), varian turbo pula dijual bermula dari 2,138,400 yen (RM78.5k++) manakala varian turbo pacuan semua roda pula bermula dari 2,332,800 yen (RM85.7k++). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…