Toyota umum henti produksi MPV Estima

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Estima, atau dikenali dengan nama Previa (Amerika Syarikat) dan Tarago di Australia merupakan salah sebuah MPV daripada Toyota yang sangat kaya dengan barisan MPV-nya itu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dijual bersama-sama dengan Toyota Sienna, Estima merupakan pilihan kedua terbesar bagi mereka yang tidak mampu untuk memilih MPV yang lebih mewah, seperti Alphard/Vellfire. 

Mula diperkenalkan pada tahun 1990, generasi pertama Toyota Estima dilancarkan dengan konfigurasi enjin tengah petrol atau diesel yang digandingkan dengan pacuan roda belakang atau pacuan semua roda. 

Generasi kedua pula hanya mula diperkenalkan 10 tahun selepas kelahiran generasi pertama pada tahun 2000, di mana Estima pada tahun itu dibangunkan berdasarkan platform Camry dan berubah kepada pacuan roda hadapan. 

Versi hibrid pula muncul pada tahun 2001 menggunakan sistem Toyota Hybrid Synergy Drive yang merangkumi dua motor elektrik bagi memacu roda belakang, dan ia dikatakan merupakan minivan hibrid pertama di dunia. 
 


Generasi ketiga yang berada di pasaran pada ketika ini muncul pada tahun 2006 dan ditawarkan dalam tiga variasi enjin iaitu 2.4 liter, 3.5 liter V6 dan 2.4 liter hibrid (pasaran Jepun dan Hong Kong sahaja)

Versi facelift pula hanya dilancarkan tiga tahun sebelum Toyota Estima disahkan akan dihentikan produksinya, menampilkan ciri-ciri yang lebih moden dan lebih selamat, iaitu Toyota Safety Sense C yang hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja. 

Jika diikutkan masa, generasi ketiga ini panjang juga usianya di pasaran, kira-kira 13 tahun dan berita kurang baiknya, Toyota memutuskan untuk menamatkan produksi MPV popular ini bermula Oktober ini. 
 


Ini bermakna, Toyota tidak lagi akan menghasilkan pengganti kepada MPV kegemaran rakyat disebabkan penurunan permintaan yang ketara terhadap minivan itu. 

Selain daripada itu, faktor populariti Alphard/Vellfire yang mempunyai dimensi yang lebih kurang serupa dan lebih ciri kemewahan turut menyumbang kepada langkah yang diambil oleh Toyota. 

Secara purata,bagi separuh pertama tahun 2019 jualan Alphard adalah sebanyak 5,8778 unit sebulan manakala Vellfire pula sebanyak 3,460 unit di Jepun, dan secara mudahnya gandingan kedua-dua minivan ini lebih banyak terjual berbanding Nissan Serena. 

Jika dibandingkan dengan Estima, angka jualannya agak menyedihkan, kira-kira 791 sebulan untuk tempoh yang sama. 
 


Menurut Toyota, pemberhentian produksi Estima ini bukan sahaja bertujuan untuk mengoptimasikan produksi produk sedia ada, akan tetapi mereka mahu melaksanakan strategi pemasaran baharu mengikut taburan pelanggan. 

Langkah baharu ini dikatakan sudah mula digunakan di Tokyo buat masa ini. 

Sebelum ini, Toyota telah mengumumkan pemberhentian beberapa model yang popular seperti Toyota Mark X pada Disember 2019. 

Selamat tinggal, Toyota Estima. 1990-2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Turut ditemui motor pam dan hose set yang digunakan untuk menyalurkan minyak daripada tangki…
Informasi
1. Toyota Estima     Satu daripada MPV popular di negara kita. Toyota Estima atau Previa lama di…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian…