Toyota Vellfire 2023 - enjin 2.5L, 182 PS, 235 Nm, pemanduan sporti dari RM438,000

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota Alphard 2023, UMW Toyota turut sama melancarkan kembar minivan Toyota Vellfire dengan penawaran yang lebih mesra keluarga, namun dengan pemanduan yang lebih sporti.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini kerana tidak seperti Alphard, Vellfire telah mendapat peningkatan terhadap casis, di mana ia menerima pendakap hadapan yang mampu menambah tahap ketegaran casis, sekaligus menyumbang kepada pemanduan yang lebih sporti.

Selain daripada itu, Vellfire juga turut mendapat kemasan jet-black plating untuk penampilan yang lebih premium.

Berikut merupakan spesifikasi penuh Toyota Vellfire 2.5L 2023:
 

Vellfire


Enjin
Nadi 2.5 liter (kod 2AR-FE)
Kuasa 182 PS @ 6,000 rpm, daya kilas 235 Nm @ 4,100 rpm
Kelajuan tertinggi 170 km/j
 

Vellfire


Transmisi
Super CVT-i 7 kelajuan, Sports Sequential Shiftmatic

Suspensi
Topang MacPherson dengan penstabil di depan
Double Wishbone dengan penstabil di belakang
 

Vellfire


Dimensi
5,005 mm x 1,850 mm x 1,950 mm
Jarak antara roda 3,000 mm
Jarak lega bumi 161 mm
Radius putaran 5.9 meter
Kapasiti tangki 75 liter
 

Vellfire


Luaran
Lampu depan Tri-LED, lampu belakang LED
Lampu membelok sequential
Lampu kabus LED
Rim 19 inci, tayar 225/55 R19
 

Vellfire


Ruang kabin
Skrin kluster digital 12.3 inci
Skrin Display Audio 14 inci
Skrin paparan head-up
Sokongan Apple CarPlay, Android Auto
Roda stereng balutan kulit, fungsi pemanas
Sistem audio JBL dengan 15 pembesar suara
Sistem pencahayaan ambien 64 warna
Cermin pandang belakang digital
Sistem pendingin hawa automatik depan dan belakang, penapisan udara NanoeTM X untuk ruang depan
 

Vellfire


Upholsteri balutan kulit sintetik hitam
Tempat duduk pemandu larasan 8 tahap, penumpang depan 4 tahap dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan
Tempat duduk baris kedua Executive Power Seat - ciri Ottoman, Recline, fungsi pemanasan dan pengudaraan
7 slot pengecasan USB-C
Pengecasan peranti tanpa wayar
 

Vellfire


Keselamatan
6 beg udara
ABS, EBD, VSC, EPB, Brake Hold, Bantuan Mula Mendaki (HAC)
Sistem pemantauan titik buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
Sistem pemantauan tekanan tayar (TPSM)
Toyota Safety Sense (TSS) - Sistem pra-pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA), Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS)
 

JBL


Harga
RM438,000

Berita Berkenaan

Berita Global
Jumlah jualan untuk tempoh Januari-Oktober tahun ini mencecah angka 87,422 unit, peningkatan 9.1…