Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, maklum balas yang diterima terhadap Toyota Vios serba baharu adalah luar biasa, dan ini merupakan bukti populariti Toyota Vios serba baharu di pasaran Malaysia.

“Kami teruja untuk memulakan tahun ini dengan pelancaran Toyota Vios Serba Baharu, yang mewakili komitmen kami dalam menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk mengharungi tahun gemilang dan penuh dengan peluang untuk memacu pertumbuhan serta pembangunan ekonomi Malaysia.” tambahnya.
Serentak dengan pelancaran rasmi Toyota Vios 2023, UMWT juga akan menganjurkan acara ‘Showroom Weekender’ bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan Vios yang mengujakan.

Selain daripada itu, terdapat juga hadiah pandu uji eksklusif disediakan di semua bilik pameran di seluruh negara bermula dari 24 hingga 26 Mac 2023.