Toyota Vios 2023 rasmi – 1.5L, 106 PS, 138 Nm, dua varian, dari RM89,600

oleh Mohamad Hanif|
Lebih setengah juta unit telah terjual sejak diperkenalkan pada tahun 2003, UMW Toyota akhirnya menggantikan sedan segmen B paling laris itu dengan generasi baharu Toyota Vios 2023.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE) dengan hamburan kuasa 106 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 138 Nm @ 4,200 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan yang lebih responsif dan dalam masa yang sama menjimatkan bahan api (5.2 liter/100 km).
 

Vios


Berbanding Vios terdahulu, Vios 2023 membawakan ukuran sepanjang 4,425 mm, lebar 1,740 mm, tinggi 1,480 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,620 mm.

Sistem gantungan pula terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, diikuti dengan sistem torsion beam di bahagian belakang.
 

Vios


Berikut merupakan perincian dua varian Vios 2023 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia:

Toyota Vios 1.5 E AT
- Sistem brek cakera depan, brek gelendong di belakang
- Sistem stereng EPS
- lampu utama LED dengan fungsi Follow Me Home, larasan manual
- lampu belakang kombinasi LED
- rim aloi 16 inci, tayar 195/60 R16
- Roda stereng urethane, larasan tilt sahaja
- Meter Optitron dengan skrin TFT 4.2 inci
- Larasan pendingin hawa manual
- Skrin Display Audio 9 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- tempat duduk balutan fabrik
- Toyota Safety Sense seperti Amaran Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengelakan Keluar Lorong (LDP), Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
- Sistem Kamera 360 darjah (3D PVM)
- Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dengan Pemantauan Titik Buta (BSM)
- enam beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, TRC, Bantuan Mula Mendaki (HSA), cagak ISOFIX
 

Vios


Toyota Vios 1.5 G AT
*tambahan kepada ciri di atas
- lampu membelok belakang jenis sekuential
- rim aloi bersaiz 17 inci, tayar 205/50 R17
- roda stereng balutan kulit, larasan tilt & teleskopik
- paddle shifter
- skrin kluster digital tujuh inci
- sistem pencahayaan ambien 64 warna
- kawalan pendingin hawa automatik
- brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Brake Hold
- tempat duduk balutan kulit
- Tambahan ciri TSS seperti Bantuan Pengekalan Lorong (LKC), Bantuan Suluhan Tinggi (AHB)  dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
 

Vios


Untuk pasaran Malaysia, Toyota Vios 2023 dijual pada harga bermula dari RM89,600 hingga RM95,500, dan hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun, perkhidmatan 24SEVEN Road Assist, serta langganan Toyota Vehicle Telematics System percuma selama tiga tahun.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…
Berita Domestik
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota…