Toyota Vios GR Sport - rim 17 inci, CVT 10 nisbah kelajuan, suspensi sporti! (RM97,500)

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model-model marhaen Vios dan Yaris facelift yang dilancarkan sebentar tadi, UMW Toyota turut memperkenalkan sebuah lagi model yang memakai lencana GR, iaitu Vios GR Sport (atau Vios GR-S) untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut UMW Toyota, segala input yang diperoleh menerusi tiga musim perlumbaan Vios Challenge telah dicurahkan ke dalam pembangunan Vios GR Sport.

 


Apa yang membezakan Vios GR Sport dengan Vios standard adalah penampilan yang lebih sporti dimulakan dengan pemasangan aerokit agresif terdiri daripada bampar hadapan seakan GR Yaris, bampar belakang dengan diffuser, spoiler, skirting sisi dan cermin sisi yang dihitamkan.

Sistem gantungan asal masih lagi digunakan iaitu MacPherson Strut hadapan dan Torsion Beam di belakang, namun telah ditala untuk pemanduan yang lebih sporti.

 


Penampilan tersebut diteruskan dengan pemakaian set rim aloi bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 205/45 R17.

Selain daripada itu, Toyota Vios GR Sport turut hadir dengan transmisi CVT yang didatangkan dengan 10 nisbah kelajuan maya, dan dibantu dengan kehadiran paddle shifter dan mod pemanduan Sports untuk pemanduan yang lebih mengujakan.
 

 

Ruang kabin pula membawakan kemasan warna hitam dan jahitan kontras merah, diikuti dengan logo GR pada perehat kepala, roda stereng balutan kulit, tombol gear balutan kulit serta butang penghidup enjin dengan logo GR.

Mod sporti pada ruang kabin diteruskan dengan kehadiran jarum merah pada meter Optitron, sementara paparan skin 4.2 inci pelbagai info datang dengan animasi GR.

 


Tidak seperti model khusus GR, Vios GR Sport masih kekal dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE empat silinder sebaris NA yang menghasilkan 107 PS dan 140 Nm yang memacu roda hadapan sahaja.

Harga jualan bermula dari RM97,500 dan boleh didapati di semua cawangan GR Garage dan pengedar Toyota yang mengambil bahagian dalam Vios Challenge.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…