Toyota Vios 'terjun' dalam tasik

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Seorang pemandu e-hailing menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam tasik berhampiran pusat beli belah The Mines, di Serdang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, berkata kejadian berlaku di laluan berhampiran The Heritage, membabitkan seorang pemandu wanita kira-kira jam 3.30 petang.

"Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan untuk mengambil penumpang di Aestetica Residence di mana keadaan ketika itu hujan lebat.

"Ketika melalui lokasi kejadian mangsa mendakwa keadaan air bertakung dan cuaca hujan membuatkan dia tidak perasan lalu tiba-tiba terbabas ke dalam tasik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wanita berusia 49 tahun itu bagaimanapun sempat keluar melalui tingkap bahagian pemandu sebelum kereta berkenaan tenggelam sepenuhnya.

Tidak lama kemudian mangsa diselamatkan oleh sebuah bot yang berada di kawasan tasik terbabit.

Terdahulu kejadian itu tular selepas satu klip video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan kejadian itu dimuatnaik di TikTok dipercayai dirakam oleh pengunjung pusat beli-belah The Mines.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Desa Ilmu ke Sekolah…
Berita Global
  "Semua warga Tanzania berkabung di atas kehilangan nyawa 19 orang dalam kemalangan ini," kata…
Berita Global
Seorang pemilik Lamborghini Huracan warga Switzerland berusia 31 tahun itu dikatakan tersalah pijak…